hye bloggers =)
dah petang2 camni i mula lah rasa malas je nak buat kerja. asyik berharap cepatlah pukul 5.30 pm sebab nak balik. hew hew hew. hari ni i nak sharekan ngan korang pasal PMS. alah korang yang pompuan2 ni mesti dah tau kan. sebab masing2 pernah alami sendiri. cuma kali ni i nak share apa yang berlaku kat i je bila i tengah PMS ni. ngee. tibe2 cam malu pulak. haha.
1) Mood tak menentu
ni benda yang paling mudah i perasan dengan perubahan mood i beberapa hari before i period. sensetip and asyik nak tersentap je. padahal benda kecik je. huhuhu. contohnya malam tadi i macam cepat sangat nak melenting bila berbincang sesuatu dengan mr.boyfie. tak memasal je beliau yang kena tempias. and hari ni pulak, dari pagi sampai lah sekarang ni i asyik dengar lagu sedih je. kalau lagu tu bertukar takpe gak. yang i ni dok dengar lagu Hatiku Milikmu-Nera. tak pulak i rasa jemu. ni mesti kes lagu ni ost dalam drama Cinta Buat Emelda yang mana Fizo Omar yang berlakon. kekeke. alasan! haha
2) Selera makan bertambah
yang ni pulak terjadik kat i hujung minggu lepas. asyik rasa nak makan je. sampai lah sekarang ni. macam2 benda i nak makan. sebab ada orang cakap dengan i, time period makan banyak pun tak gemuk. hahaha. tak tau lah boleh percaya ke tak. tapi tak dapat makan pun sebab nak berjimat. huhuhu. kesian kat i kan. rasa nak makan kek Secret Recipe. nak makan MCD. nak makan char kuey teow lah. tapi i tak g beli pun. setakat cakap je lah. sebab i control pemakanan i. cuma makan benda ringan2 je. cam biskut ke. hmmm. sabor je lah. tapi kalau ade orang belanja, i makan jek. muahahaha
3) Sakit di sesetengah tempat
kalau i, dada i memang rasa sakit lah waktu2 pms ni. ngee. korang pompuan pun pahamkan. hehehe. lepas tu diikuti pulak dengan sakit pinggang. yang ni memang buat i bersabar. lenguh memanjang. tapi i risau gak kalau time pms pun i dah sakit pinggang, 1st day period nanti mesti i akan period pain giler2 sampai muntah2, satu badan berpeluh sebab menahan kesakitan. lepas tu asyik nak ke toilet je.
so bila dah mula 1st day period tu, kalau i kena period pain i memang takkan amik ubat pink tu. sebab orang kata tak elok. period i ni ubat die senang je. i letak losyen mustajab kat perut i. sapu and biarkan die panas. nak bagi panas pulak i tutup perut dengan towel. lepas tu i kena tido paling2 2 jam. lepas bangun tido, gerenti period pain i hilang. tapi kalau kat ofis, nak tido amendenya? huwaaa. i pernah sekali sampai amik EL(emergency leave) sebab period pain yang memang sakit teramat2 amat. huhu
kenapa hari ni i cerita pasal PMS ni? sebab i tengah laluinya sekarang ni. huhuhu. i pun tak suka jugak bila mood i berubah2 sesuka hati dia je. kesian kat orang sekeliling i yang terkena tempiasnya. "sorry..."
-bye-
4 comments:
Yang first tu mmg selalu lah. hehe. btw, nice entry :)
qina : yang tu memangs elalu jadik kan? huhu
ermm slalu lenguh2 kaki klu period// sakit :(
razfira : seris lenguh2 kaki? susah tu kalau nak drive... huhuhu. kesian kite org pompuan ni kan. ngeee
Post a Comment