**Berita Terbaru Blogger Lain**

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

08 January 2013

Terima Kasih Jabatan Perangkaan Malaysia 2011-2012

hye blog readers =)

fuhhh sekian lama tak update blog buruk ni. janji i untuk terus menerus mengupdate blog dimungkiri lagi. hadoi.. kesian dekat hudalululoveyou.blogspot ni. mood untuk mengupdate blog tu tak datang. i pun tak tau kenapa. to bad =\

tujuan utama i tulis entry ni sebab nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Jabatan Perangkaan Malaysia sebab bagi i menimba pengalaman kerja sebanyak yang mungkin di Bahagian Imbangan Pembayaran. start dari 4/4/2011 sampai 31/12/2012. walaupun i cuma pekerja sambilan harian yang gajinya dibayar mengikut bilangan hari bekerja, tapi i tetap syukur. syukur kerana i bermula dari bawah dan dinaikkan pangkat kemudiannya. bermula sebagai pembantu perangkaan(pembantu penolong pengarah) dan dinaikkan pangkat kepada perangkawan(penolong pengarah). terasa diri ni dihargai tau.

sebenarnya, khidmat i masih diperlukan kat bahagian tu sebab i ada handle satu projek yang mana projek tu i yang mulakan dari A to Z. tapi projek tu sekarang terpaksa disambung oleh orang lain. sepatutnya kontrak i dengan Bahagian Imbangan Pembayaran ni akan sambung start minggu depan. tapi i terpaksa tolak cara baik keranaaaaaaaa rezeki tahun baru yang Tuhan kurniakan ni tak dapat nak dielak. hehehe. Alhamdulillah, hari ni i mula kerja di tempat baru. yang penting, KERJA TETAP ok! haha. cerita pasal tempat kerja baru ni. next entry i akan cerita k. hewhewhew. 

selama i ade kat Bahagian Imbangan pembayaran ni, i macam ade lagi satu family yang selalu buat i ketawa sampai nak menangis dan jugak i ada tempat mengadu domba sampai i menangis teresak2. hahaha. bila teringat balik, mau tersengeh sorang2 mcm yang i buat sekarang ni. ngee. bab makan kat bahagian tu, jangan lah risau. ahkak2 teres yang rapat dengan i kalau ade makanan je mesti panggil i. heavennya! haha. kenapa i panggil ahkak2 teres? muahahah. sebab tempat duduk diorang dekat2 sebelah2 je. nak bergosip pun boleh. tapi tempat duduk i diorang panggil banglo sebab i duduk sorang2. hehe.

arghhhh!!! rindunya dengan semua tu. semalam sempat jumpa diorang semua and said gudbye. rasa nak menangis. tapi kaver buat2 gelak. i tau, ade sorang ahkak tu mesti akan baca blog i ni. hehe. "kak zura, tengah baca blog fai ey? hehe. rindu kat ahkak2 kesayangan fai semua. kirim salam kat diorang ey."




ni antara mereka-mereka yang selalu buat i ketawa. panjang umur, kita jumpa lagi =)

bye

16 November 2012

Kejutan Dipagi Jumaat

hye blog readers =)


tu dia.. i sampai2 je workplace i pagi tadi, tengok2 ade buku ni atas keyboard. berdebar2 hati i tau sapakah gerangan yang baik hati bagi buku ni kat i. hehehe.


bila i bukak je buku tu, baru lah i tau siapa hamba Allah yang bagi kat i buku ni. Cik Yus rupanya. siapa cik yus ni? cik yus ni pegawai E44 kat ofis i ni. tempat beliau pun depan tempat i je. boleh dikatakan jugak i selalu bekerjasama dengan beliau lah sebab kami satu unit. sebenarnya cik yus ni dapat kenaikan pangkat e48. tapi terpaksa transfer sampai jabatan perangkaan negeri johor. jauh tu. huhu.

sedih ni tau. cik yus banyak ajar i benda2 berkaitan dengan kerja ni. beliau pun banyak nasihat i supaya terima kerja yang perlu kita buat tu dengan ikhlas. selalu kalau ade cik yus ni, rajin beliau buat kek lah, puding lah bagi kitorang yang kat ofis ni makan. disebabkan beliau orang terengganu, setiap kali balik kampung, mesti cik yus akan bawak balik kopok lekor terengganu. sedap dap dap. tak sama dengan kopok lekor sini. huhu. lepas ni xde dah nak merasa semua tu. "thank you cik yus."



Doa Zikir Harian dari Ustaz Zahazan Mohamad

kadang2 kita sendiri lupa doa2 yang ringkas. sedangkan doa makan pun kadang2 terlepas nak baca. dah makan sama2 free dengan syaiton nirojim tu. huhu. nauzubillah. sempena tahun baru ni, basah-basahkan lah bibir kita ni dengan zikir supaya kita sentiasa ingatkan Dia Yang Satu. peringatan buat diri sendiri jugak ni.


officemates

ni je gambar yang i ade bersama dengan cik yus. "semoga cik yus berjaya di tempat baru." ewahhh macam lah dia baca blog buruk ni kan? heheh. takpe. mana tau, apa yang i cakap ni buat beliau teringat2 kat i ke kan. hew hew hew.

ok, bye

01 November 2012

Bosan Di Tempat Kerja Dan Penyelesaiannya

hye blog readers =)

actually minggu ni i sebenarnya takde kerja langsung. huhu. jadi satu azab bila nak tunggu waktu balik kerja jam 5.30pm. amenda i nak buat pun i tak tau la. balik2 tengok blog, tengok traffic blog. jalan2 dalam internet (surfing other websites). nak kacau orang sangat pun i takda mood. mana taknya, mulut i ni kan ada ulcer. huhu. too bad. nak senyum pun susah. haih. now dah start batuk2 pulak. jangan demam sudah!

bila langsung takde menda nak buat kat ofis ni, sampai i terasa yang otak i ni jadik lembab pulak. yelah, selalu kalau buat kerja, otak ni ligat je dengan kalkulator, dengan formula dalam excel, dengan nombor jgk. bila tengok jam, "ey, dah pukul 1pm" dah sampai waktu lunch rupanya. "eyh, dah smpai kul 5pm. dah nak waktu balik ni, kemas2 lah". tu monolog kalau tengah bizi bekerja. tapi kalau waktu sekarang ni, "laaa baru pukul 12 ke? lambatnya masa berlalu. tadi tengok jam dah macam 11.45am." see, korang nampak tak permainan waktu disitu? 


ahhh muka bosan menunggu waktu ni berlalu dengan cepat. and amenda yang i tengah fokus sangat tengok depan tu? haha.


so, inilah penyelesaian untuk merawat kebosanan i kat ofis ni. muahaha. work place i memang strategik nak layan movie2 bagai ni. so, this time i pilih drama Adam&Hawa yang femes ames sangat kat astro tu. mau tak femes, kat ofis i ni adelah beberapa pegawai dok asyik bercerita pasal drama ni. i setakat dengar je lah. nak menyampuk tak tau amenda pun. haha. sekarang i baru masuk episod 3 tengok tau. yelahhh i kan takde astro. tunggu orang donlod kan je lah jawabnya. tapi tapi tapi, better late than never, rite? hehe.

so, sapa yang bosan2 kat ofis tu, bawak2 lah stand by movie2 yang mungkin korang boleh layan secara curi. macam i lah, curi2 tengok. belakang drama, letak sheet excel. kira macam boleh mengaburi mata orang lain lah kononnya. hahah poyo! ohh yea, gambar ni i bukan edit guna komputer tau. i edit terus dalam camera kesayangan i, MR.SAM . hehe. dah banyak berbakti beliau ni dengan i. tq2. 

ok,bye