**Berita Terbaru Blogger Lain**

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

10 January 2013

New Workplace =)

hye blog readers =)

updating this short entry live from my own pc at my new workplace.
entry yang lebih panjang untuk new workplace ni mungkin minggu depan baru update.
muahahaha

bye

24 December 2012

Jumpa Lagi Tahun 2013 Yea!

hye blog readers =)

tersangatlah sorry sebab tak update beberapa minggu ni. 
kita jumpa tahun depan, tahun 2013 yea!
tinggal minggu depan je lagi (^_^)v

16 November 2012

Kejutan Dipagi Jumaat

hye blog readers =)


tu dia.. i sampai2 je workplace i pagi tadi, tengok2 ade buku ni atas keyboard. berdebar2 hati i tau sapakah gerangan yang baik hati bagi buku ni kat i. hehehe.


bila i bukak je buku tu, baru lah i tau siapa hamba Allah yang bagi kat i buku ni. Cik Yus rupanya. siapa cik yus ni? cik yus ni pegawai E44 kat ofis i ni. tempat beliau pun depan tempat i je. boleh dikatakan jugak i selalu bekerjasama dengan beliau lah sebab kami satu unit. sebenarnya cik yus ni dapat kenaikan pangkat e48. tapi terpaksa transfer sampai jabatan perangkaan negeri johor. jauh tu. huhu.

sedih ni tau. cik yus banyak ajar i benda2 berkaitan dengan kerja ni. beliau pun banyak nasihat i supaya terima kerja yang perlu kita buat tu dengan ikhlas. selalu kalau ade cik yus ni, rajin beliau buat kek lah, puding lah bagi kitorang yang kat ofis ni makan. disebabkan beliau orang terengganu, setiap kali balik kampung, mesti cik yus akan bawak balik kopok lekor terengganu. sedap dap dap. tak sama dengan kopok lekor sini. huhu. lepas ni xde dah nak merasa semua tu. "thank you cik yus."



Doa Zikir Harian dari Ustaz Zahazan Mohamad

kadang2 kita sendiri lupa doa2 yang ringkas. sedangkan doa makan pun kadang2 terlepas nak baca. dah makan sama2 free dengan syaiton nirojim tu. huhu. nauzubillah. sempena tahun baru ni, basah-basahkan lah bibir kita ni dengan zikir supaya kita sentiasa ingatkan Dia Yang Satu. peringatan buat diri sendiri jugak ni.


officemates

ni je gambar yang i ade bersama dengan cik yus. "semoga cik yus berjaya di tempat baru." ewahhh macam lah dia baca blog buruk ni kan? heheh. takpe. mana tau, apa yang i cakap ni buat beliau teringat2 kat i ke kan. hew hew hew.

ok, bye

12 November 2012

Bukan Monday Blues

hye blog readers =)


hiway SKVE

selamat pagi semua. korang korang semua yang bekerja atau pun kelas ke tak payah nak rasa monday blues sangat lah eyh. hehehe. bukan ape. sebabnya esok kan cuti. ala2 hari ni macam hari jumaat la yang mana esoknya cuti. muahahaha. sapa2 yang dah start bercuti tu, untunglaaaaa. kami yang bekerja ni tetap bekerja tau. tapi nampak gayanya i macam takde kerja hakiki je kat ofis hari ni. ngeee ape lagi, jom mengulor tengok movie =p

ok, bye

11 November 2012

A Day With My Love, Umi ^_^

hye blog readers =)

semalam bersamaan 10/11/12 bersamaan dengan hari sabtu bersamaan dengan antara tarikh yang cantik untuk tahun ni i takde undangan majlis perkahwinan pun. haha. sebenarnya ada je undangan tapi kat kedah sana nun. jauh teramat sangat lah pulak nak datang. anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat sesiap saja yang baru memulakan kehidupan baru minggu ini. hehehe

bukan nak cerita pasal pengantin, tapi nak bercerita apa yang i buat semalam. ngeee selalu dating dengan mr.bf je hujung minggu. tapi semalam i dating dengan my love dunia akhirat tau. my umi. hehe. berdua je. adik i balik kampung. huhu. so we all keluar rumah dengan perut yang lapar. sebab memang nak melahap kat luar pun. and then terus tuju ke Jaya Jusco Bukit Tinggi yang hanya 15 ke 20 minit dari rumah i. sampai2 je JJ, terus tuju Kenny Rogers. umi i yang teringin sangat nak makan kat Kenny Rogers. so ikutkan je lah. hehe.


me with my love dunia akhirat


  
lunch Kenny Rogers with my love dunia akhirat

lepas makan we all jalan2 kat dalam JJ. umi yang nak shopping sebenarnya. i? i nak shopping jugak tapi nak shopping dengan mr.bf hari selasa cuti nanti. eyhhh? ter mention pulak. ngee. jalan punya jalan punya jalan, umi i dapat lah sambar high heel, i pulak beli baju je. dah lama sangat tak beli baju baru. huhu. then we all singgah Popular. umi i cari novel JUTAWAN GEDIK gara2 terdengar sinopsis yang menarik katanya kat rancangan Malaysia Hari Ini. entah kenapa i bukan seorang yang ulat buku. i tak minat sangat membaca ni. teruk kan? tapi i dapat jugak sambar 1 buku ni. nak tau buku ape? hehehe


tu diaaaaaaa. muahahah. i memang dah lama mencari buku ni. cuma tak berkersempatan je nak singgah mana2 book store. 1 Hari 1 Resepi. serius seronok sangat isi kandungan buku ni. nanti i buat review pasal buku ni eyh.


kat buku ni siap ada tulis "GERENTI JADI!". hahaha. tak sabar i nak try masakan yang ada dalam buku ni tau. kepada sesiapa yang nak mulakan kehidupan baru sebagai isteri tapi masak pun lite2 je, boleh lah dapat kan buku ni. untuk i pulak, sebagai persediaan nak jawab exam dari bakal mak mertua. kekekeke.

anyway, semalam keluar dengan my love dunia akhirat was fun. bergosip bersama. ketawa bersama. "along sayang umi."

ok, bye

05 November 2012

Hubungan Sakit Tekak Dan Aiskrim Vanilla

hye blog readers =)

i sedar mula sakit tekak ni sejak khamis malam jumaat minggu lepas. malam i demam teruk tu lah. tapi sakit tekak ni bukan jenis yang buat kita takde suara tu tau. tapi jenis perit. nak telan air liur pun, Ya Allah...sampai kerut2 kening i nak bagi air liur tu tertelan. dapat bayangkan tak? so i cuma bergantung pada gula2 sakit tekak dequadin tu. bila makan, memang rasa lega sebab gula2 tu berangin tekak pun jadik sejuk je. tapi bila tak makan, haaa hambik azabnya, perit yang teramat sangat. risau jugak ni takut2 jadik ulcer kat tekak pulak ke kan? tonsil ke? huhu. dok nganga2 mulut depan cermin nak tengok anak tekak tu. tapi  xnampak ape pun. haha. so, borak lah dengan mr.bf semalam mengadu pasal sakit tekak ni.


motif sakit tekak suruh beli aiskrim mcd?


ohhh demand jugak tekak ni, nak eskem vanilla mcd je!


so, apa hubungan antara sakit tekak dan aiskrim vanilla ni? sebenarnya, aiskrim vanilla ni menyejukkan ulser kat tekak yang sedang membengkak dan 'memanas' tu. kira jadik ubat jugak lah. tapi aiskrim vanilla je tau. haaa aiskrim vanila jenama apa2 pun boleh. bukan lah mcd sahaja. mungkin ada khasiat yang kita tak tau dalam perisa vanilla yang datangnya dari bunga vanilla tu kan. jangan korang g bedal aiskrim lain pulak. makin teruk, i tak tanggung yea! 

huhu cadangnya i nak pegi klinik and jumpa doktor la balik kerja nanti. nak tau apa dah jadik kat tekak i ni sebenarnya. huhu. hope nothing serious. risau ni. sakit2 ni takde selera nak makan. "eleh takde selera konon, pagi tadi sarapan dah bedal 2 mangkuk laksa sarawak." eyh, bermonolog pulak. haha. doakan semoga i cepat sembuh yea.

ok,bye

01 November 2012

Bosan Di Tempat Kerja Dan Penyelesaiannya

hye blog readers =)

actually minggu ni i sebenarnya takde kerja langsung. huhu. jadi satu azab bila nak tunggu waktu balik kerja jam 5.30pm. amenda i nak buat pun i tak tau la. balik2 tengok blog, tengok traffic blog. jalan2 dalam internet (surfing other websites). nak kacau orang sangat pun i takda mood. mana taknya, mulut i ni kan ada ulcer. huhu. too bad. nak senyum pun susah. haih. now dah start batuk2 pulak. jangan demam sudah!

bila langsung takde menda nak buat kat ofis ni, sampai i terasa yang otak i ni jadik lembab pulak. yelah, selalu kalau buat kerja, otak ni ligat je dengan kalkulator, dengan formula dalam excel, dengan nombor jgk. bila tengok jam, "ey, dah pukul 1pm" dah sampai waktu lunch rupanya. "eyh, dah smpai kul 5pm. dah nak waktu balik ni, kemas2 lah". tu monolog kalau tengah bizi bekerja. tapi kalau waktu sekarang ni, "laaa baru pukul 12 ke? lambatnya masa berlalu. tadi tengok jam dah macam 11.45am." see, korang nampak tak permainan waktu disitu? 


ahhh muka bosan menunggu waktu ni berlalu dengan cepat. and amenda yang i tengah fokus sangat tengok depan tu? haha.


so, inilah penyelesaian untuk merawat kebosanan i kat ofis ni. muahaha. work place i memang strategik nak layan movie2 bagai ni. so, this time i pilih drama Adam&Hawa yang femes ames sangat kat astro tu. mau tak femes, kat ofis i ni adelah beberapa pegawai dok asyik bercerita pasal drama ni. i setakat dengar je lah. nak menyampuk tak tau amenda pun. haha. sekarang i baru masuk episod 3 tengok tau. yelahhh i kan takde astro. tunggu orang donlod kan je lah jawabnya. tapi tapi tapi, better late than never, rite? hehe.

so, sapa yang bosan2 kat ofis tu, bawak2 lah stand by movie2 yang mungkin korang boleh layan secara curi. macam i lah, curi2 tengok. belakang drama, letak sheet excel. kira macam boleh mengaburi mata orang lain lah kononnya. hahah poyo! ohh yea, gambar ni i bukan edit guna komputer tau. i edit terus dalam camera kesayangan i, MR.SAM . hehe. dah banyak berbakti beliau ni dengan i. tq2. 

ok,bye

23 October 2012

Wedding Reception : Sarah & Wan =)

hye blog readers =)

semenjak ade MR.SAM i ni, kemain rajin i nak update blog selalu kan? hehe. so, i nak bayar hutang entry yang i dah janji daripada entry ini. so, sebelum pergi Aquaria KLCC - Lawatan Sambil Belajar yang i ceritakan sebelum ni, i penuhi jemputan kenduri kahwin kawan i dulu. Alhamdulillah selamat dah kawan i jadi isteri orang pada 20/10/2012 dan kenduri pada 21/10/2012. i entah bila la pulak. hehe. perancangan tu memang ada. ehh? ehh? haha. 


bride&groom 


maz, cik liza, sarah(pengantin) & me(hudalulu)


pengantin with her ex-officemates


me with bff yang baru kahwin bulan 9 lepas. boleh tegok sini


bride&groom and bride&groom to be. ahah! =p



"cik abang, thank you ikut saya tau. lepas tu bawak saya pegi Aquaria KLCC lagi. hehe" ouh yea, teringat status seorang kawan di facebook. katanya, zaman belajar dulu, semua sibuk update pasal assignment, tutorial, presentation and so on. kemudian masuk zaman bekerja, semua update pasal kerja banyak. dan sekarang, musim semua kawan2 nak update status tunangan orang, suami/isteri orang dan jugak mommy baby. huhuhu cepatnya masa berlalu kan? 

Konvokesyen UKM - Tahniah Wany!

hye blog readers =)

sekejap je setahun dah berlalu. tahun lepas i punya kovokesyen. but tahun ni, i meraikan best ever ex-roommate(Wany) punya kovokesyen pulak. gila apa tak datang? tahun lepas die datang kovokesyen i siap amik cuti kerja lagi tau. takkan dia punya konvo i pulak taknak datang? isyh isyh isyh *sambil geleng kepala* . "tahniah Wany! 3tahun kita bersama. setahun je ko tanpa aku kan."

sangat seronok. terasa nak konvo lagi sekali. terasa nak pakai jubah konvo lagi sekali. terasa nak naik stage tu lagi sekali sambil control ayu. hahah. ayu sangat kan....... so, its called our precious moments. rindu! tengok gambar je lah k =)


diapit oleh our juniors. paling kiri : nieza. paling kanan : syamimi. 4 yang tengah semua senior. muahahah






yang diraikan, Wany. mana satu Wany? yang pakai jubah konvo pegang blackboard tu. nilah AL.L T.O.G.E.T.H.E.R. member paling rapat masa kami 1st year bergelar siswazah. daftar kelas semua nak sama je. sebab tu nama kami A.L.L T.O.G.E.T.H.E.R . sepatutnya ada 6 orang. tapi lagi sorang dengan family xdapat nak join kitorang waktu ni. huhu. too bad.


cantik kan gambar ni? i suka sangat! dari kiri : pika, wany(yang dirai), me(hudalulu), mun & nurul. kalau cukup 6 orang mesti lagi best (syhda). boleh tunjuk kat anak2 nanti, "ni lah kawan-kawan rapat ibu...eh mama...eh umi...mak..." ehhh apahal aku bermonolog sendirian pulak ni? kekeke. 

buat semua kawan2 atau pun blog readers yang akan berkonvo tahun ni, i ucapkan tahniah yea. kita akan melangkah setapak lagi untuk fasa kehidupan yang seterusnya, bekerja. kepada A.L.L T.O.G.E.T.H.E.R, keep in touch. i miss us so much!

ok,bye