**Berita Terbaru Blogger Lain**

10 January 2013

New Workplace =)

hye blog readers =)

updating this short entry live from my own pc at my new workplace.
entry yang lebih panjang untuk new workplace ni mungkin minggu depan baru update.
muahahaha

bye

08 January 2013

Terima Kasih Jabatan Perangkaan Malaysia 2011-2012

hye blog readers =)

fuhhh sekian lama tak update blog buruk ni. janji i untuk terus menerus mengupdate blog dimungkiri lagi. hadoi.. kesian dekat hudalululoveyou.blogspot ni. mood untuk mengupdate blog tu tak datang. i pun tak tau kenapa. to bad =\

tujuan utama i tulis entry ni sebab nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Jabatan Perangkaan Malaysia sebab bagi i menimba pengalaman kerja sebanyak yang mungkin di Bahagian Imbangan Pembayaran. start dari 4/4/2011 sampai 31/12/2012. walaupun i cuma pekerja sambilan harian yang gajinya dibayar mengikut bilangan hari bekerja, tapi i tetap syukur. syukur kerana i bermula dari bawah dan dinaikkan pangkat kemudiannya. bermula sebagai pembantu perangkaan(pembantu penolong pengarah) dan dinaikkan pangkat kepada perangkawan(penolong pengarah). terasa diri ni dihargai tau.

sebenarnya, khidmat i masih diperlukan kat bahagian tu sebab i ada handle satu projek yang mana projek tu i yang mulakan dari A to Z. tapi projek tu sekarang terpaksa disambung oleh orang lain. sepatutnya kontrak i dengan Bahagian Imbangan Pembayaran ni akan sambung start minggu depan. tapi i terpaksa tolak cara baik keranaaaaaaaa rezeki tahun baru yang Tuhan kurniakan ni tak dapat nak dielak. hehehe. Alhamdulillah, hari ni i mula kerja di tempat baru. yang penting, KERJA TETAP ok! haha. cerita pasal tempat kerja baru ni. next entry i akan cerita k. hewhewhew. 

selama i ade kat Bahagian Imbangan pembayaran ni, i macam ade lagi satu family yang selalu buat i ketawa sampai nak menangis dan jugak i ada tempat mengadu domba sampai i menangis teresak2. hahaha. bila teringat balik, mau tersengeh sorang2 mcm yang i buat sekarang ni. ngee. bab makan kat bahagian tu, jangan lah risau. ahkak2 teres yang rapat dengan i kalau ade makanan je mesti panggil i. heavennya! haha. kenapa i panggil ahkak2 teres? muahahah. sebab tempat duduk diorang dekat2 sebelah2 je. nak bergosip pun boleh. tapi tempat duduk i diorang panggil banglo sebab i duduk sorang2. hehe.

arghhhh!!! rindunya dengan semua tu. semalam sempat jumpa diorang semua and said gudbye. rasa nak menangis. tapi kaver buat2 gelak. i tau, ade sorang ahkak tu mesti akan baca blog i ni. hehe. "kak zura, tengah baca blog fai ey? hehe. rindu kat ahkak2 kesayangan fai semua. kirim salam kat diorang ey."




ni antara mereka-mereka yang selalu buat i ketawa. panjang umur, kita jumpa lagi =)

bye

24 December 2012

Jumpa Lagi Tahun 2013 Yea!

hye blog readers =)

tersangatlah sorry sebab tak update beberapa minggu ni. 
kita jumpa tahun depan, tahun 2013 yea!
tinggal minggu depan je lagi (^_^)v

10 December 2012

Resepi | Durian Crepe (^_^)v

hye blog readers =)


chef huda kembali lagi dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" hikhikhik. fuhhhh rasanya kita ni masih lagi dalam musim durian kan? so chef rasa masih tak terlambat lagi untuk try resepi lain yang berkaitan dengan durian ni. kali ni chef nak kongsikan 1 resepi sebagai pemanis mulut yang sanagt femes ames kau memang da bomb. apa lagi kalau bukan Durian Crepe (^_^)v. 

bahan-bahan : 

250g tepung gandum
400 ml santan(chef gunakan perahan santan. nak guna kotak pun boleh)
150 ml air
3 biji telur
1 penutup esen vanilla
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
garam secukup rasa
whipping cream (dipukul hingga kembang untuk inti) 
isi durian yang dilenyek (untuk inti) 

cara penyediaan :

  • gunakan mixer untuk adunkan tepung, santan dan air hingga sebati.
  • kemudian masukkan telur, esen vanilla, pewarna kuning telur dan garam. adun sehingga sebati.
  • adunan yang telah siap perlu ditapis terlebih dahulu untuk mendapatkan crepe yang halus mulus.



petua : seandainya terasa adunan tu agak pekat, tambahkan air supaya adunan menjadi ringan sedikit dan lebih mudah untuk membuat crepe yang lebih nipis.
  • panaskan non stick pan dan oleskan sedikit butter ke atasnya. kemudian letakkan sesenduk adunan ke dalam non stick pan tersebut. ratakan adunan sekeliling pan. ala2 macam buat lempeng.


  • jangan terbalikkan crepe dalam pan. sebab bahagian yang garing akan jadi bahagian dalam untuk letak inti. kalau bahagian atas dah kering, terus angkat je crepe tu. kalau chef, chef terbalikkan terus pan tu atas pinggan. dapat bayangkan tak?
  • last sekali, bila dah siap crepe2 tu semua, proses untuk letakkan whipping creme dan jugak durian atas crepe tu.


  • lipatkan macam nak balut hadiah. hahaha. supaya jadik macam bentuk bantal.
  • masukkan dalam peti sejuk. makan time sejuk lagi sedap!

fuhhh... nak buat die punya crepe memang mencabar. tapi xpe, yang susah tu la yang jadik sedap. nak dapat durian crepe yang dijual chef rasa macam agak susah kalau nak cari area luar selangor dan kuala lumpur. so lepas ni, korang boleh buat selalu durian crepe ni kan? chef sendiri buat dah masuk 2 batch. 1st batch, crepe tebal. bila lipat jadi tak cantik. 2nd batch yang macam dalam gambar atas sekali tu. crepe nipis, bila lipat jadik cantik. yummy sangat!

ohh gambar yang ada tag cik epal, chef pinjam dari blog cik epal. resepi pun amik dari cik epal jugak.  cuma adjust part air je kalau adunan terlalu pekat. khusyuk sangat buat durian crepe ni sampai tak menyempat nak amik gambar sendiri. kekeke. tapi gambar Durian Crepe (^_^)v yang dah siap dibungkus tu memang chef punya tau. esok cuti maaa. boleh korang try!


selamat mencuba! =)