Hai blog readers :)
Rindu sgt kat blog buruk i ni lah. Tapi sibuk memanjang membataskan i nak update blog ni. Huhu too bad. Mana taknya, balik rumah terus carik katil dulu. Baring dalam setengah jam baru la mandi ngan buat ape yang patut. Org lain baring 2 3 minit. I bantai baring sampai setengah jam. Haha.
Semenjak i ade buah hati baru i ni iaitu ipad mini kesayangan intan payung i ni, bangun tido ipad. Sebelum tido ipad. Tengah drive pun sempat g tengok ipad ni. Almaklumlah, i xde smartphone yang canggh. I cuma ade bb je tau. Huhu. Sapa yang pernah ade bb tau lah kekurangannya ap kan.
So, nak dijadikan cerita... Sekarang ni TEROBSES dengan Instagram dan jugak Keek. Haha. Xde akaun 2 benda alah ni kang orang kata ketinggalan zaman pulak. Camne tu? Tak patut tak patut.
Kalau instagram, i suka follow kawan2 dan jugak artis. Wahh artis gitu. Hahahha. Fevret artis, nora danish. Mak aihhhh kenapalah beliau ni tersangat comel dan jugak stylo. Geram ade, jeles mestilah lagi ade. Hahha. Teruk!
And kalau keek pulak, i lagi suka follow artis yang dah ade anak. Contohnya tomok. Sapa tak tgok lagi video anak tomok yang "biasa die ni ". Kalau i dapat anak tomok ni, i cubit2 pipi die. Haha. Then Dr Halina. Awatlah anak beliau si bella tu bijak sesangat. Geram i. Rasa nak cium2 je. Haha
Kalau korang nak tau, i pernah buat video utk keek. Tp bila i tgok video sendiri, rasa macam annoying giler kot. Haha. Terus i delete video tu. taknak i bagi orang lain tengok. Maluuuu. Semenjak dari tu, i duk layan keek orang je lah.
Sebenarnya apa motif i certa ni yea? I pun kurang jelas sbnrnya. Haha. By the way, kalau sudi, meh la follow instagram i. Heheh. Tu je nak sampaikan. Haha.
Ok, bye :)
**Berita Terbaru Blogger Lain**
**Mari Memasak Bersama Chef Huda (^_^)v**
22 April 2013
31 March 2013
Hubungan I Dan Kucing, Dulu Dan Sekarang
Hye blog readers :)
Korang nak tau x, dulu i memang tak suka sangat dgn kucing ni tau. Tapi xbermakna i bencikan kucing. Xde lah smpai kalau nampak je kucing i terus nak baling selipar. Tu dah kejam sgt tu. huhu.
Dulu :
1) kalau pegi kedai makan yang keadaan sekelilingnya i tengok mcm banyak je kucing, confirm i akan bersila. Sebab i takut kalau kucing tu manja2 kat kaki i. Mau terkejut beruk time tu.
2) kalau orang acah2 nk bg kucing dekat i, mmg confirm i menjerit. I takut kucing tu gigit or cakar i. Haha. Bajet manja sangat i ni. WALAUPUN kucing tersebut jinak.
3) i xsuka bulu kucing tu melekat2 kat baju. Sumtime terpikir cmne diorg yang selalu tido ngan kucing ni. Diorg xde alahan bulu ke? Huhu
4) emm ade sebab lain lg ke ey? Entahlah. I pun dh malas nk pikir. Hehehe
Tapi sekarang dah lain. Mr bf selalu ckp dengan i, "dengan kucing ni kita kena buat baik. Sebab hubungan die dengan manusia rapat. Lg pun sahabat nabi." Memang i perasan pun, kalau kitorang g kedai makan ke, then tibe2 ade kucing, mr bf akan bg sikit makanan kat kucing tu. penyayang sungguh. Haha.
Mr bf pun pernah ckp jgk " kalau macam kita buat tak baik kat kucing tu, mesti xlama lps tu something bad akan berlaku" emmm xpercaya mulanya, tp ramai pulak yg sependapat cmtu. Ok fine.... So sekarang i cuba untuk menyayangi kucing ni. Hehe.
Sekarang :
1) kucing mr br terlalu comel dan membuatkan hati ni tenang tengok kucing beliau walaupun cuma gambar.
And kalau korang nak tau, backgroud desktop i kat ofis n backgroud ipad i adalah gambar kucing. Dan kucing2 ni adalah hak milik mr bf i. Hahaha. Cekidout~
Korang nak tau x, dulu i memang tak suka sangat dgn kucing ni tau. Tapi xbermakna i bencikan kucing. Xde lah smpai kalau nampak je kucing i terus nak baling selipar. Tu dah kejam sgt tu. huhu.
Dulu :
1) kalau pegi kedai makan yang keadaan sekelilingnya i tengok mcm banyak je kucing, confirm i akan bersila. Sebab i takut kalau kucing tu manja2 kat kaki i. Mau terkejut beruk time tu.
2) kalau orang acah2 nk bg kucing dekat i, mmg confirm i menjerit. I takut kucing tu gigit or cakar i. Haha. Bajet manja sangat i ni. WALAUPUN kucing tersebut jinak.
3) i xsuka bulu kucing tu melekat2 kat baju. Sumtime terpikir cmne diorg yang selalu tido ngan kucing ni. Diorg xde alahan bulu ke? Huhu
4) emm ade sebab lain lg ke ey? Entahlah. I pun dh malas nk pikir. Hehehe
Tapi sekarang dah lain. Mr bf selalu ckp dengan i, "dengan kucing ni kita kena buat baik. Sebab hubungan die dengan manusia rapat. Lg pun sahabat nabi." Memang i perasan pun, kalau kitorang g kedai makan ke, then tibe2 ade kucing, mr bf akan bg sikit makanan kat kucing tu. penyayang sungguh. Haha.
Mr bf pun pernah ckp jgk " kalau macam kita buat tak baik kat kucing tu, mesti xlama lps tu something bad akan berlaku" emmm xpercaya mulanya, tp ramai pulak yg sependapat cmtu. Ok fine.... So sekarang i cuba untuk menyayangi kucing ni. Hehe.
Sekarang :
1) kucing mr br terlalu comel dan membuatkan hati ni tenang tengok kucing beliau walaupun cuma gambar.
And kalau korang nak tau, backgroud desktop i kat ofis n backgroud ipad i adalah gambar kucing. Dan kucing2 ni adalah hak milik mr bf i. Hahaha. Cekidout~
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
10:25 PM
Labels:
comel,
kucing,
Little kitten
No comments:
Updating live from....
Hai bloggers :) updating live with my new ipad mini.Hew hew hew. Semoga lepas ni i jadik rajin nak update blog. Hehe. Bye.
16 January 2013
Luahan Rasa Binasa
i tak tau nak letak title post kali ni ape. emmm sekadar luahan rasa dan jugak mungkin binasa. fyi, i dah pun dapat kerja tetap sekarang ni. syukur. yea, memang i syukur dengan rezeki tahun baru ni. cuma ade beberapa perkara yang membuatkan i rasa seperti teraniaya mungkin. tak pun, mungkin i sebenarnya perlu motivate kan diri sendiri. terima apa jua kerja yang diberikan untuk i. WALAUPUN kerja yang i buat ni langsung takde kena mengena dengan apa yang i belajar dulu. sedangkan apa yang dijanjikan adalah amat berlainan sekali. pada i, ia pembaziran sumber tenaga manusia. hmmm.
Ya Allah.. susahnya nak ikhlaskan hati ni. susahnya nak berhenti menangis secara senyap dalam toilet dan ketika buat kerja. tanpa sedar, tibe2 bertakung air mata ni. just like now when i updating this entry. susahnya..... senyum, masih lagi i mencuba untuk senyum selebar mungkin. tapi dalaman, hanya i yang rasa. hanya i! even my other half pun xdapat untuk lembutkan hati i.
bila agaknya i dapat ikhlaskan hati ni? bila agaknya? bila?
bila agaknya i mampu tersenyum bila datang ke ofis?
betul ke keputusan yang i buat ni?
10 January 2013
New Workplace =)
hye blog readers =)
updating this short entry live from my own pc at my new workplace.
entry yang lebih panjang untuk new workplace ni mungkin minggu depan baru update.
muahahaha
bye
08 January 2013
Terima Kasih Jabatan Perangkaan Malaysia 2011-2012
hye blog readers =)
fuhhh sekian lama tak update blog buruk ni. janji i untuk terus menerus mengupdate blog dimungkiri lagi. hadoi.. kesian dekat hudalululoveyou.blogspot ni. mood untuk mengupdate blog tu tak datang. i pun tak tau kenapa. to bad =\
tujuan utama i tulis entry ni sebab nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Jabatan Perangkaan Malaysia sebab bagi i menimba pengalaman kerja sebanyak yang mungkin di Bahagian Imbangan Pembayaran. start dari 4/4/2011 sampai 31/12/2012. walaupun i cuma pekerja sambilan harian yang gajinya dibayar mengikut bilangan hari bekerja, tapi i tetap syukur. syukur kerana i bermula dari bawah dan dinaikkan pangkat kemudiannya. bermula sebagai pembantu perangkaan(pembantu penolong pengarah) dan dinaikkan pangkat kepada perangkawan(penolong pengarah). terasa diri ni dihargai tau.
sebenarnya, khidmat i masih diperlukan kat bahagian tu sebab i ada handle satu projek yang mana projek tu i yang mulakan dari A to Z. tapi projek tu sekarang terpaksa disambung oleh orang lain. sepatutnya kontrak i dengan Bahagian Imbangan Pembayaran ni akan sambung start minggu depan. tapi i terpaksa tolak cara baik keranaaaaaaaa rezeki tahun baru yang Tuhan kurniakan ni tak dapat nak dielak. hehehe. Alhamdulillah, hari ni i mula kerja di tempat baru. yang penting, KERJA TETAP ok! haha. cerita pasal tempat kerja baru ni. next entry i akan cerita k. hewhewhew.
selama i ade kat Bahagian Imbangan pembayaran ni, i macam ade lagi satu family yang selalu buat i ketawa sampai nak menangis dan jugak i ada tempat mengadu domba sampai i menangis teresak2. hahaha. bila teringat balik, mau tersengeh sorang2 mcm yang i buat sekarang ni. ngee. bab makan kat bahagian tu, jangan lah risau. ahkak2 teres yang rapat dengan i kalau ade makanan je mesti panggil i. heavennya! haha. kenapa i panggil ahkak2 teres? muahahah. sebab tempat duduk diorang dekat2 sebelah2 je. nak bergosip pun boleh. tapi tempat duduk i diorang panggil banglo sebab i duduk sorang2. hehe.
arghhhh!!! rindunya dengan semua tu. semalam sempat jumpa diorang semua and said gudbye. rasa nak menangis. tapi kaver buat2 gelak. i tau, ade sorang ahkak tu mesti akan baca blog i ni. hehe. "kak zura, tengah baca blog fai ey? hehe. rindu kat ahkak2 kesayangan fai semua. kirim salam kat diorang ey."
ni antara mereka-mereka yang selalu buat i ketawa. panjang umur, kita jumpa lagi =)
bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
9:15 PM
Labels:
jabatan perangkaan malaysia,
job,
kerja,
pekerja sambilan harian
2 comments:
24 December 2012
Jumpa Lagi Tahun 2013 Yea!
hye blog readers =)
tersangatlah sorry sebab tak update beberapa minggu ni.
kita jumpa tahun depan, tahun 2013 yea!
tinggal minggu depan je lagi (^_^)v
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
8:23 AM
Labels:
2013,
life,
personal,
tahun 2013,
year 2013
No comments:
10 December 2012
Resepi | Durian Crepe (^_^)v
hye blog readers =)
chef huda kembali lagi dalam rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" hikhikhik. fuhhhh rasanya kita ni masih lagi dalam musim durian kan? so chef rasa masih tak terlambat lagi untuk try resepi lain yang berkaitan dengan durian ni. kali ni chef nak kongsikan 1 resepi sebagai pemanis mulut yang sanagt femes ames kau memang da bomb. apa lagi kalau bukan Durian Crepe (^_^)v.
bahan-bahan :
250g tepung gandum
400 ml santan(chef gunakan perahan santan. nak guna kotak pun boleh)
150 ml air
3 biji telur
1 penutup esen vanilla
1/2 sudu kecil pewarna kuning telur
garam secukup rasa
whipping cream (dipukul hingga kembang untuk inti)
isi durian yang dilenyek (untuk inti)
cara penyediaan :
- gunakan mixer untuk adunkan tepung, santan dan air hingga sebati.
- kemudian masukkan telur, esen vanilla, pewarna kuning telur dan garam. adun sehingga sebati.
- adunan yang telah siap perlu ditapis terlebih dahulu untuk mendapatkan crepe yang halus mulus.
petua : seandainya terasa adunan tu agak pekat, tambahkan air supaya adunan menjadi ringan sedikit dan lebih mudah untuk membuat crepe yang lebih nipis.
- panaskan non stick pan dan oleskan sedikit butter ke atasnya. kemudian letakkan sesenduk adunan ke dalam non stick pan tersebut. ratakan adunan sekeliling pan. ala2 macam buat lempeng.
- jangan terbalikkan crepe dalam pan. sebab bahagian yang garing akan jadi bahagian dalam untuk letak inti. kalau bahagian atas dah kering, terus angkat je crepe tu. kalau chef, chef terbalikkan terus pan tu atas pinggan. dapat bayangkan tak?
- last sekali, bila dah siap crepe2 tu semua, proses untuk letakkan whipping creme dan jugak durian atas crepe tu.
- lipatkan macam nak balut hadiah. hahaha. supaya jadik macam bentuk bantal.
- masukkan dalam peti sejuk. makan time sejuk lagi sedap!
fuhhh... nak buat die punya crepe memang mencabar. tapi xpe, yang susah tu la yang jadik sedap. nak dapat durian crepe yang dijual chef rasa macam agak susah kalau nak cari area luar selangor dan kuala lumpur. so lepas ni, korang boleh buat selalu durian crepe ni kan? chef sendiri buat dah masuk 2 batch. 1st batch, crepe tebal. bila lipat jadi tak cantik. 2nd batch yang macam dalam gambar atas sekali tu. crepe nipis, bila lipat jadik cantik. yummy sangat!
ohh gambar yang ada tag cik epal, chef pinjam dari blog cik epal. resepi pun amik dari cik epal jugak. cuma adjust part air je kalau adunan terlalu pekat. khusyuk sangat buat durian crepe ni sampai tak menyempat nak amik gambar sendiri. kekeke. tapi gambar Durian Crepe (^_^)v yang dah siap dibungkus tu memang chef punya tau. esok cuti maaa. boleh korang try!
selamat mencuba! =)
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
11:30 AM
Labels:
durian,
durian crepe,
resepi,
resepi durian crepe,
tutorial durian crepe
2 comments:
05 December 2012
Bila
bila
jiwa dan perasaan bukan lagi selari
apa pula yang tersirat di hati
bila
kata-kata terhambur disalah erti
tanpa sedar ia menyakiti
bila
bangun untuk perbetul diri
meminta kemaafan tapi disalah lagi
bila
berdiam diri lebih dari diingini
hanya mengharap pada ILAHI
(hudalulu,5/12/2012 11.40am)
30 November 2012
Info Sihat | Cara Penjagaan Kanta Lekap
hye blog readers =)
kanta lekap a.k.a contact lens. mesti ramai perempuan yang sangat suka pakai contact lens ni kan? macam2 kaler pulak tu. jeles i tau sebab i pakai yang jenis jernih tu je, colorless. huhuhu. teringin jugak nak pakai yang jenis kaler2 ni grey la, biru la, kelabu la, hitam la. kalau i nak pakai merah boleh? sama dengan bella(twilight) hehe.
tapi i pakai contact lens colorless tu pun ada orang tanya "pakai contact lense warna coklat ey?" i pulak jawab, "eyh tak lah." hahaha kalau korang nak tau mata i ni memang warna coklat. sebab tu jimat duit i tak payah beli contact lens kaler2 bagai tu. hahaha guna yang ori je. Syukur.. hikhikhik. korang yang selalu guna contact lens ni mesti tau cara sebenar penjagaannya kan? bukan boleh main suka2 hati je. dah lah tempatnya dimata. buat yang baru nak pakai contact lens ni, boleh lah ikut cara penjagaan yang i nak kongsikan bersama ni.
ni dia 4 benda penting yang i guna semenjak i pakai contact lense.
DO's
- Sterile Normal Saline Solution - sebelum korang pakai contact lens tu, haruslah cuci dan gosok contact lens tu kat tapak tangan secara perlahan-lahan. sebenarnya benda alah ni macam air suling. air suling kan air yang bebas dari bendasing. kemudian barulah letakkan contact lense ni kat mata.
- Saline Solution - lepas korang tanggalkan contact lens ni, ulang kaedah no 1 kemudian masukkan contact lens dalam bekas die. lepas tu baru lah rendam guna Saline Solution.
- botol kecik - pelembab contact lens. titiskan dalam mata ketika korang rasa mata mulai kering. (refer gamabr bawah)
- bekas contact lens - rajin2 lah cuci bekas die tu jugak yea. jangan biarkan sampai penutup die tu berhabuk. tak elok.
- make sure tangan korang bersih sebelum pegang lens.
DON'Ts
- jangan pakai contact lens lebih dari 8 jam. mata juga perlu rehat secukupnya.
- jangan tidur sambil memakai contact lens. bahaya!
- jangan cuci contact lens guna air paip atau apa jua jenis air selain daripada solution contact lens tu sendiri.
- kalau korang suka aktiviti bakar2 macam bbq, jauhkan diri dari api. bahaya untuk contact lens. korang boleh google sendiri apakah akibatnya. huhu, takut wooo.
botol kecik ni sentiasa ada dalam handbag i. Renu Multiplus Lubricating & Rewetting Drops. fungsi dia untuk melembabkan mata kita semasa kita sedang memakai contact lense. disebabkan i kerja dalam persekitaran aircond, mata i jadik kering. so, i titiskan 2 3 titik dalam mata, terus jadi segar. emm kadang2 kalau i mengantuk kat ofis pun i titik je benda alah ni. hahaha segar! and lagi satu kalau i tengok wayang, memang mata cepat kering sebab dalam pawagam kan sejuk. nasib baik ada benda alah ni dalam handbag, terus boleh tengok movie tanpa gangguan mata kering. hehe. korang boleh cari kat watson atau guardian.
so i sebagai pengguna contact lens secara harian, biarlah leceh sekali pun penjagaannya kalau untuk kesihatan mata sendiri nak tak nak kena lah ikut pantang larangnya. haha. takkan nak biarkan mata yang cantik ni
dijangkiti kuman akibat memakai contact lens? tak nak tak nak. siap ada kes
sampai jadi buta tau. dah hilang nikmat yang Allah pinjamkan ni. huhu. kalau korang ada info lain2 lagi, boleh lah share =)
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
9:09 PM
Labels:
cara penjagaan contact lens,
contact lens,
eye drop untuk contact lens,
info,
info sihat,
kanta lekap
No comments:
29 November 2012
Tips Kecantikan | Kecutkan Jerawat Dengan Cara Mudah
hye blog readers =)
perempuan kalau dengan jerawat memang macam musuh yang langsung tak boleh nak berjumpa. muncul je sebijik jadi huru hara hidup ni jadik nya. confirm! kan korang? macam i jugak lah. kalau jerawat dah mula nak menjadi kat muka i ni, mulalah konfiden i hilang macam tu je. tangan pun mengada2 nak usik2 jerawat yang baru nak muncul tu. haihhh.
tapi syukur Alhamdulillah, kulit muka i bukan jenis berjerawat. jerawat i selalunya muncul time2 nak dekat period tak pun time2 i memang tension tahap super duper hyper punya. biasalah hormon tengah berubah2 maaa. hahaha. time tu mula lah muncul jerawat kat dahi ngan dagu i. port fevret jerawat kat muka i la kirenya.
seriously i memang tak pernah beli produk2 untuk hilangkan jerawat yang ada jual kat pasaran tu. i guna apa yang sedia ada je. jimat duit tau and yang paling penting, berkesan! hehehe. so apa yang i guna untuk kecutkan jerawat dan seterusnya hilang lenyap jerawat dari muka i ni? jawapannya, UBAT GIGI. jimat tak? sure2 semua orang ada ubat gigi dalam bilik air tu. haha.
guna ubat gigi je? iyeaaaa ubat gigi je. i akan guna bila i rasa macam ada sesuatu keras2 macam nak jadik biji jerawat tu, cepat2 lah amik ubat gigi ni then sapu sikit kat muka. kira time jerawat tu baru nak muncul. tak kisah lah korang guna ubat gigi jenama apa sekali pun. colgate, darlie, fresh n white apa2 je lah tapi, haaaa ada tapinya yea. make sure ubat gigi korang jenis paste(warna putih) bukan jenis gel.
kalau korang search kat google ade je blog2 yang update pasal kaedah nak gunakan ubat gigi ni sebagai alternatif untuk kecutkan jerawat. tapi dalam blog buruk i ni, i bagi kaedah ikut cara i je. i akan sapukan ubat gigi ni kat tempat jerawat tu sebelum tido. then, boleh bawak tido terus. esok bangun pagi terus mandi and basuh muka sekali gus. senang!
ohh atas ni gambar i dengan adik i. hewhewhew. pada pandangan i, ubat gigi ni kan berangin je rasanya. so dia macam ada kuasa nak kecutkan jerawat tu la. takde lah sampai jerawat tu masak ranum kat muka ni haaa. hahaha. kos murah! berkesan! apa lagi, sayangkan kulit muka korang, boleh lah ikut tips i ni. sapa2 ade tips lain, boleh share. hehe
kalau korang search kat google ade je blog2 yang update pasal kaedah nak gunakan ubat gigi ni sebagai alternatif untuk kecutkan jerawat. tapi dalam blog buruk i ni, i bagi kaedah ikut cara i je. i akan sapukan ubat gigi ni kat tempat jerawat tu sebelum tido. then, boleh bawak tido terus. esok bangun pagi terus mandi and basuh muka sekali gus. senang!
ohh atas ni gambar i dengan adik i. hewhewhew. pada pandangan i, ubat gigi ni kan berangin je rasanya. so dia macam ada kuasa nak kecutkan jerawat tu la. takde lah sampai jerawat tu masak ranum kat muka ni haaa. hahaha. kos murah! berkesan! apa lagi, sayangkan kulit muka korang, boleh lah ikut tips i ni. sapa2 ade tips lain, boleh share. hehe
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
8:41 PM
Labels:
cara nak kecutkan jerawat,
jerawat,
kaedah kurangkan jerawat,
tips,
tips kecantikan,
ubat gigi colgate,
ubat gigi untuk hilangkan jerawat
No comments:
28 November 2012
Wordless Wednesday - Biskut Kira Kilo
hye blog readers =)
sapa tau apa nama biskut ni? jenis jual kira kilo yang dalam tin empat segi besar tu. sebenarnya i suka gula dia yang kalerful tu jek. hehe.
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
6:51 PM
Labels:
biskut,
biskut tin,
biskut tradisional,
wordless wednesday
2 comments:
27 November 2012
Nuffnang - Maxis Roaming Peace Of Mind
hye blog readers =)
pagi2 dah buat i tersenyum dengan Nuffnang ni tau. hehe. Alhamdulillah, dapat lagi Bufferd Earning daripada Nuffnang. baru lah boleh tersenyum sampai ke telinga bila buat kerja hari ni. hik hik hik. thank you so much Nuffnang! lap u!
tu diaaa dalam kotak merah tu BE yang baru je diiklankan dalam blog buruk i ni. kempen dah start semalam, tapi i dapat lambat sehari. hari ni baru start. tapi tak pe. masih belum terlambat maa. semoga kempen BE kali ni bertahan lama dalam blog i ni. emm BE Colgate Total Diabetes pun still on going lagi. syukur...
kepada sesiapa yang ada plan nak bercuti ke luar negara sekarang ni tapi tak nak terlepas dari berhubungan dengan orang tersayang yang jauh di kampung halaman sendiri korang semua boleh gunakan perkhidmatan roaming. khusus kepada mereka yang menggunakan talian maxis ni, Maxis Roaming Peace Of Mind menyediakan perkhidmatan terbaik dangan tawaran kadar yang sangat menarik untuk korang semua. seronok kan? sambil bercuti, boleh jugak kita update perkembangan dengan orang tersayang.
10 perkara penting sebelum memulakan pelancongan ke luar negara
teringat dekat maksu i pulak yang sekarang ni tengah bercuti ke Beijing. i yang tolong die buat check list untuk die. haha. untunglah sesiapa yang bercuti time musim winter macam sekarang ni. dapat rasa pegang salji yang real. seronoknyaaaa. so, maxis dah tolong korang yang nak pergi bercuti tu checklist. korang hanya tinggal print dan tandakan sahaja. senang kan?
Kawasan liputan dan caj
lebih 200 negara ada coverage maxis ni. so, korang tak perlu risau. nampak tak dalam kotak merah tu? i punya plan pulak, nak pergi Korea time chinese new year nanti. entah sempat ke tak nak mengumpul duit ni. huhu. kalau kat Korea, i terigin nak jumpa Yoo Jae Suk (Running Man). haha. berangan lebih!
Perkhidmatan perantauan (roaming services)
ni pulak antara perkhidmatan yang disediakan oleh maxis dalam kempen Maxis Roaming Peace Of Mind. kalau korang ada makcik, pakcik, abang, kakak, sedara mara, kawan2 yang plan nak ke luar negara tu, jangan lupa suruh diorang aktifkan roaming services ni. penting jugak sebenarnya. untuk maklumat lanjut, korang boleh klik http://maxis.com.my/personal/intl/index.asp
seronoknya dapat bercuti ke luar negara kan? i paling jauh dapat pergi pun Sarawak. haha. tu pun sebab PLKN kat sana. huhu. pape pun, i tetap berterima kasih kepada maxis dengan mengadakan kempen Maxis Roaming Peace Of Mind ni dengan kerjasama Nuffnang. thank you so much. hehe. next time bagi lagi BE ok? cc Nuffnang, Maxis. hikhikhik.
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
12:00 PM
Labels:
buffered earning,
maxis,
maxis roaming,
maxis roaming peace of mind,
nuffnang,
roaming
No comments:
26 November 2012
Review | Daiso Charcoal Mask
hye blog readers =)
seriously i memang jarang nak manjakan kulit muka i ni sebenarnya. seumur hidup, baru sekali je i pergi buat facial. tu pun time study dulu sebab dapat kupon buat facial dengan harga murah. haha. bukan xnak manjakan kulit muka i ni tapi takut maintainance tinggi tak ke naya namanya tu? mana i nak cekau duit? haha. maka dengan mengada-ngadanya i ni pegi beli mask la kononnya nak tepek kat muka ni.
maka selamat lah sudah i beli Daiso Charcoal Mask yang agak femes ni. beli kat Daiso rm5. kalau beli online, diorang markup kaw2 punya. tapi kesian jugak sebab ada sesetengah tempat takde outlet Daiso ni. i rasa kira hot product jugak lah Charcoal Mask ni kat Daiso. sebab banyak kali jugak i pergi, malangnya habis je memanjang. dengar cerita Charcoal Mask ni fungsi die boleh tanggalkan sel kulit mati, whitehead and blackhead. cam best kan? so i pun try lah dengan menepekkan mask ni kat muka.
macam biasa, i memang suka letak gambar2 exclusive macam ni. haha. kalau korang nak tau, cara apply Charcoal Mask bukan macam i ni. cara macam ni adalah SALAH! booo me sebab tak baca how to apply. i main tengok je gambar yang ada kat tiub masker ni (refer gambar pertama). "tengok gambar macam suruh sapu seluruh muka. buat je lah." monolog i bersendirian. huhu.
ok, sila fokus dan baca betul2 kat bahagian how to use tu "...evenly apply on the nose area..." what? nose area? i pulak belasah je letak seluruh muka. hahaha. tu la, lain kali sebelum buat apa2 pun, cek dulu yang penting2 kat botol tu. padan muka!
setelah i pakai Charcoal Mask ni, result die ok lah jugak. its not really ok! but ok laaaaa. korang paham2 je lah. hahaha. resut die :
- masa tengah pakai tu korang akan rasa kulit muka korang tegang. pada i, mask ni mungkin boleh tegangkan kulit muka jugak kot.
- lepas biarkan 10-15 minit camtu, bila korang nak tanggalkan mask ni, bersiap sedia la untuk merasakan kepedihan dan kesakitannya. tapi xdelah sakit mana pun sebenarnya. i ok je tahan. haha.
- bila i tengok apa hasil tangkapan Charcoal Mask ni, takde lah hebat sangat. yang i nampak, bulu2 muka memang tertanggal la.
- whitehead? tak nampak sangat terkeluar. mungkin i takde masalah whitehead kot. tapi kalau blackhead, memang i ade problem tu. disebabkan Charcoal Mask ni warna hitam, so i tak nampak blackhead terkeluar. mungkin ada! tapi xnampak.
- pada i, lepas je pakai mask ni terasa macam kulit muka i jadi ringan. yang tu best. and jangan lupa letak toner lepas pakai apa jua jenis masker yea. sebab kita kena tutup balik pori yang terbuka. hehe.
tengok muka sendiri macam barbie doll wanna be pulak. eyh? hahaha. sila abaikan ayat poyo tu. jangan pulak korang pakai mask setiap hari. once or twice per week dah sangat memadai. i pun pakai Charcoal Mask ni baru 2 kali. kesimpulannya, mungkin i akan teruskan pakai produk ni sebab pertama, murah. sebab kedua yang paling penting, kulit muka i boleh terima seadanya kehadiran Charcoal Mask ni. emm and i give 6.5/10 stars for this product. korang? hehe.
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
12:46 PM
Labels:
charcoal mask,
daiso,
mask,
product review,
review
2 comments:
24 November 2012
Resepi | Pengat Durian (^_^)v
hye blog readers =)
"MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" kembali bersiaran. hehehe ewahhh kemain lagi sekarang ni setiap minggu ade resepi kan? so, sempena tengah musim durian ni, chef pun nak share resepi yang berkaitan dengan durian jugak ni. macam biasalah, resepi dari chef huda ni memang sesimple yang boleh punya. haha. and resepi yang chef nak kongsikan hari ni adalah resepi Pengat Durian (^_^)v
bahan-bahan :
10-15 ulas durian
1 biji perahan santan
1 cawan air
3senduk kecil gula (kuantiti gula bergantung kpd individu)
sedikit garam
cara penyediaan :
- masak santan bersama air dengan api sederhana hingga hampir mendidih. kemudian masukkan gula dan juga garam.
- akhir sekali masukkan durian dan tunggu sehingga mendidih dan padamkan api. siap!
haaa amacam? senang sangat kan? simple dan yang pasti memang sedap dan kos membuatnya pun murah je. hehe. Pengat Durian (^_^)v ni sedap dimakan begitu sahaja. tak pun, u olls boleh hidangkan sekali dengan roti atau pun pulut.
Pengat Durian dihidangkan bersama roti
Pengat Durian dihidangkan persama pulut
kalau u olls nak tau, Pengat Durian (^_^)v ni lagi sedap kalau makan time sejuk.memang terbaik. ohh yea, chef gunakan durian kampung je. all time favourite chef. sebab tu kaler durian ni tak menyerlah. u olls boleh jugak guna durian musang king ke musang berjanggut ke. ehh silap. musang berjanggut tu dah out of topic. hew hew hew. esok masih ada masa bersama keluarga kan? boleh u olls try. hehe.
selamat mencuba! =)
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
9:57 PM
Labels:
pengat durian,
pengat durian dengan pulut,
pengat durian dengan roti,
resepi,
resepi pengat durian
No comments:
22 November 2012
The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2
hye blog readers =)
now showing in cinemas... opssss i bukan nak review pasal filem ni yea lagipun baru je bermula tayangannya hari ni. huhu. sebenarnya i tak sabar nak tengok part terakhir twilight ni. sebab i fan bella yang boleh dikatakan cun jugak lah. lagi sebab i fan edward yang handsome tu. lagi satu sebab i fan jacob yang sexy and macho tu jugak. hahaha. so korang yang minat dengan filem twilight ni boleh lah terjah pawagam2 yang berhampiran dengan korang semua bermula hari ini 22/11/2012! jyeaahhh!
haa tengok lah fb i jadik macam mana. serius i memang suka sangat diorang ni. eventho diorang dah clash beberapa bulan yang lepas in real life, tapi kalau tak silap si Kristen Stewart ni minta maaf dengan si Robert Pattinson atas perkara yang dah terjadi. kalau dah jodoh, tak kemana. ewaahhh cenggitu pulak.
punyalah tak sabar nak tengok breaking dawn part 2 ni. i nak tengok anak bella dan edward, Renesmee Cullen as junior vampire. terus teringat diorang having sex in breaking dawn part 1 sampai rumah and bilik tunggang langgang. muahahahah. ganas! hehe. pastu nak tengok mata Bella jadik merah sebab dah mula jadik vampire. tapi tapi tapi, mr.bf busy minggu ni. so terpaksa tengok minggu depan lah jawabnya. huhuhu. better late than never, rite? xpe, boleh i tengok orang lain punya review breaking dawn part 2 ni camna. hehehe.
korang boleh layan lah trailer The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 kat sini. oh yea, i amik dari youtube je. ngee. so, enjoy the trailer and the movie too!
"And so the lion fell in love with the lamb... what a stupid lamb...what a sick, maschistic lion..."
( Favourite quote from Edward and Bella)
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
12:00 PM
Labels:
bella swan,
breaking dawn part 2,
edward cullen,
jacob,
renesmee cullen,
trailer breaking dawn part 2,
twilight,
twilight breaking dawn part 2
No comments:
21 November 2012
Wordless Wednesday - 212 VIP Perfume By Carolina Herrera
hye blog redears =)
walaupun perfume ni launch tahun 2010, tapi bau die perghhh memang best. i am so into it!
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
11:00 AM
Labels:
212 vip perfume,
carolina herrera,
wordless wednesday
No comments:
20 November 2012
Nuffnang - Colgate Total Diabetes
hye blog readers =)
syukur... akhirnya setelah 2 minggu blog i ketandusan Buffered Earning dari Nuffnang, hari ni cek2 akaun nuffnang tengok ade BE yang tengah melekat kat blog buruk i ni. hehe. dapat i teruskan impian i nak beli gadjet baru guna duit dari Nuffnang ni. hew hew hew.
jeng jeng jeng... BE terbaru daripada Nuffnang. thank you so much Nuffnang! iklan yang lain2 semua dah kredit dalam akaun i. pun syukur jugak. kan rezeki seorang blogger ni. cewahhh gitu. semoga kempen kali ni kekal lama dalam blog buruk i yang tak seberapa ni. humble sangat lah pulak. ceit poooodah!
Colgate Total Diabetes ni secara ringkasnya memberitahu kepada kita semua tentang penjagaan mulut bagi merekayang mengidap penyakit diabetes. kita semua tau kan, orang yang berpenyakit diabetes ni tak boleh ada luka2. kalau luka, mesti lambat nak elok. silap hari bulan, luka tu jadi makin teruk pulak. kadang2 kita bila gosok gigi pun sering terjadi gusi berdarah kan? termasuklah empunya blog ni ha. huhu. so, Colgate Total Diabetes mengajar kita cara menggosok gigi dengan sebetulnya lebih2 lagi mereka yang ada penyakit diabetes.
kalau korang nak tau, mereka yang mempunyai penyakit diabetes ni cenderung 2 kali ganda mempunyai penyakit gusi. haihhh.. risau risau.. maka dengan itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti untuk pengjaggan mulut bagi pesakit diabetes. salah satu caranya adalah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi yang diformulakan khas untuk kesihatan gusi. ubat gigi Colgate mengurangkan 90% kuman plak yang boleh menyebabkan radang gusi punca utama penyakit gusi dalam tempoh 12 jam. tengok tu, macam seram pulak bila i dapat tau.
untuk mendapatkan jawapan2 yang lebih teliti, korang boleh layari laman web Colgate(United States) atau Colgate(Malaysia) . korang boleh klik terus dari entry i ni sebab i dah link kan siap2. kat situ macam2 info yang korang boleh dapat.
once again, i ucapkan thank you dekat Colgate Total Diabetes dan yang paling penting, penaja iklan blog i Nuffnang sebab adakan kempen ini dan siarkan dalam blog buruk i ni. hehehe. ohh yea, ada yang tanya pada i berblogging dengan Nuffnang kena bayar ke? jawapannya, PERCUMA. hehe.
ok, bye
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
11:30 AM
Labels:
buffered earning,
colgate,
colgate total diabetes,
kempen colgate total diabetes,
nuffnang,
ubat gigi colgate
No comments:
19 November 2012
Resepi | Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v
hye blog readers =)
tu diaaa... semakin kerap pula rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" ni bersiaran pulak kan? hehe. demi untuk tidak membiarkan blog buruk chef ni bersawang dengan lebatnya. bersawang dengan lebatnya? apa punya bahasa daa.. haha. berbalik pada gambar di atas, seperti biasa chef akan berkongsi dengan u olls semua resepi yang mudah2 je. yelah, chef kan seorang chef yang amateur lagi tak berpengalaman. hehe. resepi kali ni berbunyi Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v.
bahan-bahan :
10 batang isi ketam/crab stick (rebus sekejap)
1 batang lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang yang kecil saiznya (disagat)
1 pokok daun bawang (dihiris sebesar 1 inci)
kulit popia secukupnya
tepung gandum & air (dibancuh sebagai pelekat kulit popia)
cara penyediaan :
- kulit popia di lerai dan diletakkan di atas pinggan.
- kemudian letakkan lobak merah, sengkuang, daun bawang dan isi ketam/crabstick di atas kulit popia.
- lipatkan kulit popia tersebut untuk menutupi intinya dan gulungkan. sebelum sampai ke penghujung, sapukan bancuhan tepung tadi ke atas kulit popia supaya kulit popia boleh melekat.
- panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan.
- angkat dan toskan. siap!
bahan untuk sos :
10 biji cili merah (dibuang bijinya)
1 cawan air
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
garam secukup rasa
tepung jagung & air (dibancuh untuk memekatkan sos)
cara penyediaan sos :
- kisarkan cili merah, bawang putih bersama sos tomato, gula, cuka, garam dan air sehingga sebati.
- selepas dikisar, masakkan bahan tersebut hingga mendidih dan kemudian masukan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
- masak sos hingga nampak pekat. tutup api dan siap! (jangan lupa untuk rasa terlebih dahulu sos tersebut. kalau rasa seperti tak lengkap garam dan gulanya, sila tambah mengikut kepuasan sendiri yea)
siap! rangup2 kulit popia gitu. lembut2 isi ketam gitu. manis2 sengkuang gitu. hehe. resepi ni chef buat semalam untuk minum petang bersama keluarga. umi and abah chef suka. seronok kan bila kita tengok orang lain makan masakan kita walaupun sesimple mungkin. hehe. mungkin hujung minggu bersama keluarga nanti u olls boleh try Popia Goreng Isi Ketam (^_^)V ni. hehe.
selamat mencuba! =)
ditaip sepenuh hati oleh
**hudalulu**
pada jam
11:30 AM
Labels:
cara buat sos,
cara buat sos sendiri,
popia goreng isi ketam,
resepi,
resepi popia goreng,
resepi popia goreng isi ketam
No comments:
16 November 2012
Kejutan Dipagi Jumaat
hye blog readers =)
tu dia.. i sampai2 je workplace i pagi tadi, tengok2 ade buku ni atas keyboard. berdebar2 hati i tau sapakah gerangan yang baik hati bagi buku ni kat i. hehehe.
bila i bukak je buku tu, baru lah i tau siapa hamba Allah yang bagi kat i buku ni. Cik Yus rupanya. siapa cik yus ni? cik yus ni pegawai E44 kat ofis i ni. tempat beliau pun depan tempat i je. boleh dikatakan jugak i selalu bekerjasama dengan beliau lah sebab kami satu unit. sebenarnya cik yus ni dapat kenaikan pangkat e48. tapi terpaksa transfer sampai jabatan perangkaan negeri johor. jauh tu. huhu.
sedih ni tau. cik yus banyak ajar i benda2 berkaitan dengan kerja ni. beliau pun banyak nasihat i supaya terima kerja yang perlu kita buat tu dengan ikhlas. selalu kalau ade cik yus ni, rajin beliau buat kek lah, puding lah bagi kitorang yang kat ofis ni makan. disebabkan beliau orang terengganu, setiap kali balik kampung, mesti cik yus akan bawak balik kopok lekor terengganu. sedap dap dap. tak sama dengan kopok lekor sini. huhu. lepas ni xde dah nak merasa semua tu. "thank you cik yus."
Doa Zikir Harian dari Ustaz Zahazan Mohamad
kadang2 kita sendiri lupa doa2 yang ringkas. sedangkan doa makan pun kadang2 terlepas nak baca. dah makan sama2 free dengan syaiton nirojim tu. huhu. nauzubillah. sempena tahun baru ni, basah-basahkan lah bibir kita ni dengan zikir supaya kita sentiasa ingatkan Dia Yang Satu. peringatan buat diri sendiri jugak ni.
officemates
ni je gambar yang i ade bersama dengan cik yus. "semoga cik yus berjaya di tempat baru." ewahhh macam lah dia baca blog buruk ni kan? heheh. takpe. mana tau, apa yang i cakap ni buat beliau teringat2 kat i ke kan. hew hew hew.
ok, bye
Subscribe to:
Posts (Atom)






























