**Berita Terbaru Blogger Lain**

30 November 2012

Info Sihat | Cara Penjagaan Kanta Lekap

hye blog readers =)

kanta lekap a.k.a contact lens. mesti ramai perempuan yang sangat suka pakai contact lens ni kan? macam2 kaler pulak tu. jeles i tau sebab i pakai yang jenis jernih tu je, colorless. huhuhu. teringin jugak nak pakai yang jenis kaler2 ni grey la, biru la, kelabu la, hitam la. kalau i nak pakai merah boleh? sama dengan bella(twilight) hehe. 

tapi i pakai contact lens colorless tu pun ada orang tanya "pakai contact lense warna coklat ey?" i pulak jawab, "eyh tak lah." hahaha kalau korang nak tau mata i ni memang warna coklat. sebab tu jimat duit i tak payah beli contact lens kaler2 bagai tu. hahaha guna yang ori je. Syukur.. hikhikhik. korang yang selalu guna contact lens ni mesti tau cara sebenar penjagaannya kan? bukan boleh main suka2 hati je. dah lah tempatnya dimata. buat yang baru nak pakai contact lens ni, boleh lah ikut cara penjagaan yang i nak kongsikan bersama ni.


ni dia 4 benda penting yang i guna semenjak i pakai contact lense. 

DO's
  1. Sterile Normal Saline Solution - sebelum  korang pakai contact lens tu, haruslah cuci dan gosok contact lens tu kat tapak tangan secara perlahan-lahan. sebenarnya benda alah ni macam air suling. air suling kan air yang bebas dari bendasing. kemudian barulah letakkan contact lense ni kat mata.
  2. Saline Solution - lepas korang tanggalkan contact lens ni, ulang kaedah no 1 kemudian masukkan contact lens dalam bekas die. lepas tu baru lah rendam guna Saline Solution.
  3. botol kecik - pelembab contact lens. titiskan dalam mata ketika korang rasa mata mulai kering. (refer gamabr bawah)
  4. bekas contact lens - rajin2 lah cuci bekas die tu jugak yea. jangan biarkan sampai penutup die tu berhabuk. tak elok.
  5. make sure tangan korang bersih sebelum pegang lens.

DON'Ts 

  • jangan pakai contact lens lebih dari 8 jam. mata juga perlu rehat secukupnya.
  • jangan tidur sambil memakai contact lens. bahaya!
  • jangan  cuci contact lens guna air paip atau apa jua jenis air selain daripada solution contact lens tu sendiri.
  • kalau korang suka aktiviti bakar2 macam bbq, jauhkan diri dari api. bahaya untuk contact lens. korang boleh google sendiri apakah akibatnya. huhu, takut wooo.



botol kecik ni sentiasa ada dalam handbag i. Renu Multiplus Lubricating & Rewetting Drops. fungsi dia untuk melembabkan mata kita semasa kita sedang memakai contact lense. disebabkan i kerja dalam persekitaran aircond, mata i jadik kering. so, i titiskan 2 3 titik dalam mata, terus jadi segar. emm kadang2 kalau i mengantuk kat ofis pun i titik je benda alah ni. hahaha segar! and lagi satu kalau i tengok wayang, memang mata cepat kering sebab dalam pawagam kan sejuk. nasib baik ada benda alah ni dalam handbag, terus boleh tengok movie tanpa gangguan mata kering. hehe. korang boleh cari kat watson atau guardian.

so i sebagai pengguna contact lens secara harian, biarlah leceh sekali pun penjagaannya kalau untuk kesihatan mata sendiri nak tak nak kena lah ikut pantang larangnya. haha. takkan nak biarkan mata yang cantik ni dijangkiti kuman akibat memakai contact lens? tak nak tak nak. siap ada kes sampai jadi buta tau. dah hilang nikmat yang Allah pinjamkan ni. huhu. kalau korang ada info lain2 lagi, boleh lah share =)

ok, bye

29 November 2012

Tips Kecantikan | Kecutkan Jerawat Dengan Cara Mudah

hye blog readers =)

perempuan kalau dengan jerawat memang macam musuh yang langsung tak boleh nak berjumpa. muncul je sebijik jadi huru hara hidup ni jadik nya. confirm! kan korang? macam i jugak lah. kalau jerawat dah mula nak menjadi kat muka i ni, mulalah konfiden i hilang macam tu je. tangan pun mengada2 nak usik2 jerawat yang baru nak muncul tu. haihhh.


tapi syukur Alhamdulillah, kulit muka i bukan jenis berjerawat. jerawat i selalunya muncul time2 nak dekat period tak pun time2 i memang tension tahap super duper hyper punya. biasalah hormon  tengah berubah2 maaa. hahaha. time tu mula lah muncul jerawat kat dahi ngan dagu i. port fevret jerawat kat muka i la kirenya.

seriously i memang tak pernah beli produk2 untuk hilangkan jerawat yang ada jual kat pasaran tu. i guna apa yang sedia ada je. jimat duit tau and yang paling penting, berkesan! hehehe. so apa yang i guna untuk kecutkan jerawat dan seterusnya hilang lenyap jerawat dari muka i ni? jawapannya, UBAT GIGI. jimat tak? sure2 semua orang ada ubat gigi dalam bilik air tu. haha.


guna ubat gigi je? iyeaaaa ubat gigi je. i akan guna bila i rasa macam ada sesuatu keras2 macam nak jadik biji jerawat tu, cepat2 lah amik ubat gigi ni then sapu sikit kat muka. kira time jerawat tu baru nak muncul. tak kisah lah korang guna ubat gigi jenama apa sekali pun. colgate, darlie, fresh n white apa2 je lah tapi, haaaa ada tapinya yea. make sure ubat gigi korang jenis paste(warna putih) bukan jenis gel.

kalau korang search kat google ade je blog2 yang update pasal kaedah nak gunakan ubat gigi ni sebagai alternatif untuk kecutkan jerawat. tapi dalam blog buruk i ni, i bagi kaedah ikut cara i je. i akan sapukan ubat gigi ni kat tempat jerawat tu sebelum tido. then, boleh bawak tido terus. esok bangun pagi terus mandi and basuh muka sekali gus. senang!


ohh atas ni gambar i dengan adik i. hewhewhew. pada pandangan i, ubat gigi ni kan berangin je rasanya. so dia macam ada kuasa nak kecutkan jerawat tu la. takde lah sampai jerawat tu masak ranum kat muka ni haaa. hahaha. kos murah! berkesan! apa lagi, sayangkan kulit muka korang, boleh lah ikut tips i ni. sapa2 ade tips lain, boleh share. hehe

ok, bye

28 November 2012

Wordless Wednesday - Biskut Kira Kilo

hye blog readers =)


sapa tau apa nama biskut ni? jenis jual kira kilo yang dalam tin empat segi besar tu. sebenarnya i suka gula dia yang kalerful tu jek. hehe.

ok, bye

27 November 2012

Nuffnang - Maxis Roaming Peace Of Mind

hye blog readers =)


pagi2 dah buat i tersenyum dengan Nuffnang ni tau. hehe. Alhamdulillah, dapat lagi Bufferd Earning daripada Nuffnang. baru lah boleh tersenyum sampai ke telinga bila buat kerja hari ni. hik hik hik. thank you so much Nuffnang! lap u!


tu diaaa dalam kotak merah tu BE yang baru je diiklankan dalam blog buruk i ni. kempen dah start semalam, tapi i dapat lambat sehari. hari ni baru start. tapi tak pe. masih belum terlambat maa. semoga kempen BE kali ni bertahan lama dalam blog i ni. emm BE Colgate Total Diabetes pun still on going lagi. syukur...




kepada sesiapa yang ada plan nak bercuti ke luar negara sekarang ni tapi tak nak terlepas dari berhubungan dengan orang tersayang yang jauh di kampung halaman sendiri korang semua boleh gunakan perkhidmatan roaming. khusus kepada mereka yang menggunakan talian maxis ni, Maxis Roaming Peace Of Mind menyediakan perkhidmatan terbaik dangan tawaran kadar yang sangat menarik untuk korang semua. seronok kan? sambil bercuti, boleh jugak kita update perkembangan dengan orang tersayang.

10 perkara penting sebelum memulakan pelancongan ke luar negara


teringat dekat maksu i pulak yang sekarang ni tengah bercuti ke Beijing. i yang tolong die buat check list untuk die. haha. untunglah sesiapa yang bercuti time musim winter macam sekarang ni. dapat rasa pegang salji yang real. seronoknyaaaa. so, maxis dah tolong korang yang nak pergi bercuti tu checklist. korang hanya tinggal print dan tandakan sahaja. senang kan?

Kawasan liputan dan caj


lebih 200 negara ada coverage maxis ni. so, korang tak perlu risau. nampak tak dalam kotak merah tu? i punya plan pulak, nak pergi Korea time chinese new year nanti. entah sempat ke tak nak mengumpul duit ni. huhu. kalau kat Korea, i terigin nak jumpa Yoo Jae Suk (Running Man). haha. berangan lebih!

Perkhidmatan perantauan (roaming services)


ni pulak antara perkhidmatan yang disediakan oleh maxis dalam kempen Maxis Roaming Peace Of Mind. kalau korang ada makcik, pakcik, abang, kakak, sedara mara, kawan2 yang plan nak ke luar negara tu, jangan lupa suruh diorang aktifkan roaming services ni. penting jugak sebenarnya. untuk maklumat lanjut, korang boleh klik http://maxis.com.my/personal/intl/index.asp

seronoknya dapat bercuti ke luar negara kan? i paling jauh dapat pergi pun Sarawak. haha. tu pun sebab PLKN kat sana. huhu. pape pun, i tetap berterima kasih kepada maxis dengan mengadakan kempen Maxis Roaming Peace Of Mind ni dengan kerjasama Nuffnang. thank you so much. hehe. next time bagi lagi BE ok? cc Nuffnang, Maxis. hikhikhik.

ok, bye

26 November 2012

Review | Daiso Charcoal Mask

hye blog readers =)

seriously i memang jarang nak manjakan kulit muka i ni sebenarnya. seumur hidup, baru sekali je i pergi buat facial. tu pun time study dulu sebab dapat kupon buat facial dengan harga murah. haha. bukan xnak manjakan kulit muka i ni tapi takut maintainance tinggi tak ke naya namanya tu? mana i nak cekau duit? haha.  maka dengan mengada-ngadanya i ni pegi beli mask la kononnya nak tepek kat muka ni.


maka selamat lah sudah i beli Daiso Charcoal Mask yang agak femes ni. beli kat Daiso rm5. kalau beli online, diorang markup kaw2 punya. tapi kesian jugak sebab ada sesetengah tempat takde outlet Daiso ni. i rasa kira hot product jugak lah Charcoal Mask ni kat Daiso. sebab banyak kali jugak i pergi, malangnya habis je memanjang. dengar cerita Charcoal Mask ni fungsi die boleh tanggalkan sel kulit mati, whitehead and blackhead. cam best kan? so i pun try lah dengan menepekkan mask ni kat muka.


macam biasa, i memang suka letak gambar2 exclusive macam ni. haha. kalau korang nak tau, cara apply  Charcoal Mask bukan macam i ni. cara macam ni adalah SALAH! booo me sebab tak baca how to apply. i main tengok je gambar yang ada kat tiub masker ni (refer gambar pertama). "tengok gambar macam suruh sapu seluruh muka. buat je lah." monolog i bersendirian. huhu.


ok, sila fokus dan baca betul2 kat bahagian how to use tu "...evenly apply on the nose area..." what? nose area? i pulak belasah je letak seluruh muka. hahaha. tu la, lain kali sebelum buat apa2 pun, cek dulu yang penting2 kat botol tu. padan muka!

setelah i pakai Charcoal Mask ni, result die ok lah jugak. its not really ok! but ok laaaaa. korang paham2 je lah. hahaha. resut die :

  • masa tengah pakai tu korang akan rasa kulit muka korang tegang. pada i, mask ni mungkin boleh tegangkan kulit muka jugak kot. 
  • lepas biarkan 10-15 minit camtu, bila korang nak tanggalkan mask ni, bersiap sedia la untuk merasakan kepedihan dan kesakitannya. tapi xdelah sakit mana pun sebenarnya. i ok je tahan. haha.
  • bila i tengok apa hasil tangkapan Charcoal Mask ni, takde lah hebat sangat. yang i nampak, bulu2 muka memang tertanggal la. 
  • whitehead? tak nampak sangat terkeluar. mungkin i takde masalah whitehead kot. tapi kalau blackhead, memang i ade problem tu. disebabkan Charcoal Mask ni warna hitam, so i tak nampak blackhead terkeluar. mungkin ada! tapi xnampak.
  • pada i, lepas je pakai mask ni terasa macam kulit muka i jadi ringan. yang tu best. and jangan lupa letak toner lepas pakai apa jua jenis masker yea. sebab kita kena tutup balik pori yang terbuka. hehe.


tengok muka sendiri macam barbie doll wanna be pulak. eyh? hahaha. sila abaikan ayat poyo tu. jangan pulak korang pakai mask setiap hari. once or twice per week dah sangat memadai. i pun pakai Charcoal Mask ni baru 2 kali. kesimpulannya, mungkin i akan teruskan pakai produk ni sebab pertama, murah. sebab kedua yang paling penting, kulit muka i boleh terima seadanya kehadiran Charcoal Mask ni. emm and i give 6.5/10 stars for this product. korang? hehe.

ok, bye

24 November 2012

Resepi | Pengat Durian (^_^)v



hye blog readers =)


"MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" kembali bersiaran. hehehe ewahhh kemain lagi sekarang ni setiap minggu ade resepi kan? so, sempena tengah musim durian ni, chef pun nak share resepi yang berkaitan dengan durian jugak ni. macam biasalah, resepi dari chef huda ni memang sesimple yang boleh punya. haha. and resepi yang chef nak kongsikan hari ni adalah resepi Pengat Durian (^_^)v

bahan-bahan :

10-15 ulas durian
1 biji perahan santan
1 cawan air
3senduk kecil gula (kuantiti gula bergantung kpd individu)
sedikit garam

cara penyediaan : 

  • masak santan bersama air dengan api sederhana hingga hampir mendidih. kemudian masukkan gula dan juga garam.
  • akhir sekali masukkan durian dan tunggu sehingga mendidih dan padamkan api. siap!

haaa amacam? senang sangat kan? simple dan yang pasti memang sedap dan kos membuatnya pun murah je. hehe. Pengat Durian (^_^)v ni sedap dimakan begitu sahaja. tak pun, u olls boleh hidangkan sekali dengan roti atau pun pulut.

 
Pengat Durian dihidangkan bersama roti


Pengat Durian dihidangkan persama pulut

kalau u olls nak tau, Pengat Durian (^_^)v ni lagi sedap kalau makan time sejuk.memang terbaik. ohh yea, chef gunakan durian kampung je. all time favourite chef. sebab tu kaler durian ni tak menyerlah. u olls boleh jugak guna durian musang king ke musang berjanggut ke. ehh silap. musang berjanggut tu dah out of topic. hew hew hew. esok masih ada masa bersama keluarga kan? boleh u olls try. hehe.

selamat mencuba! =)

22 November 2012

The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

hye blog readers =)


now showing in cinemas... opssss i bukan nak review pasal filem ni yea lagipun baru je bermula tayangannya hari ni. huhu. sebenarnya i tak sabar nak tengok part terakhir twilight ni. sebab i fan bella yang boleh dikatakan cun jugak lah. lagi sebab i fan edward yang handsome tu. lagi satu sebab i fan jacob yang sexy and macho tu jugak. hahaha. so korang yang minat dengan filem twilight ni boleh lah terjah pawagam2 yang berhampiran dengan korang semua bermula hari ini 22/11/2012! jyeaahhh!


haa tengok lah fb i jadik macam mana. serius i memang suka sangat diorang ni. eventho diorang dah clash beberapa bulan yang lepas in real life, tapi kalau tak silap si Kristen Stewart ni minta maaf dengan si Robert Pattinson atas perkara yang dah terjadi. kalau dah jodoh, tak kemana. ewaahhh cenggitu pulak.

punyalah tak sabar nak tengok breaking dawn part 2 ni. i nak tengok anak bella dan edward, Renesmee Cullen as junior vampire. terus teringat diorang having sex in breaking dawn part 1 sampai rumah and bilik tunggang langgang. muahahahah. ganas! hehe. pastu nak tengok mata Bella jadik merah sebab dah mula jadik vampire. tapi tapi tapi, mr.bf busy minggu ni. so terpaksa tengok minggu depan lah jawabnya. huhuhu. better late than never, rite? xpe, boleh i tengok orang lain punya review breaking dawn part 2 ni camna. hehehe.


korang boleh layan lah trailer The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 kat sini. oh yea, i amik dari youtube je. ngee. so, enjoy the trailer and the movie too!




"And so the lion fell in love with the lamb... what a stupid lamb...what a sick, maschistic lion..."
( Favourite quote from Edward and Bella) 

ok, bye

21 November 2012

Wordless Wednesday - 212 VIP Perfume By Carolina Herrera

hye blog redears =)


walaupun perfume ni launch tahun 2010, tapi bau die perghhh memang best. i am so into it!

ok, bye

20 November 2012

Nuffnang - Colgate Total Diabetes

hye blog readers =)


syukur... akhirnya setelah 2 minggu blog i ketandusan Buffered Earning dari Nuffnang, hari ni cek2 akaun nuffnang tengok ade BE yang tengah melekat kat blog buruk i ni. hehe. dapat i teruskan impian i nak beli gadjet baru guna duit dari Nuffnang ni. hew hew hew. 


jeng jeng jeng... BE terbaru daripada Nuffnang. thank you so much Nuffnang! iklan yang lain2 semua dah kredit dalam akaun i. pun syukur jugak. kan rezeki seorang blogger ni. cewahhh gitu. semoga kempen kali ni kekal lama dalam blog buruk i yang tak seberapa ni. humble sangat lah pulak. ceit poooodah!



Colgate Total Diabetes ni secara ringkasnya memberitahu kepada kita semua tentang penjagaan mulut bagi merekayang mengidap penyakit diabetes. kita semua tau kan, orang yang berpenyakit diabetes ni tak boleh ada luka2. kalau luka, mesti lambat nak elok. silap hari bulan, luka tu jadi makin teruk pulak. kadang2 kita bila gosok gigi pun sering terjadi gusi berdarah kan? termasuklah empunya blog ni ha. huhu. so, Colgate Total Diabetes mengajar kita cara menggosok gigi dengan sebetulnya lebih2 lagi mereka yang ada penyakit diabetes.

kalau korang nak tau, mereka yang mempunyai penyakit diabetes ni cenderung 2 kali ganda mempunyai penyakit gusi. haihhh.. risau risau.. maka dengan itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diikuti untuk pengjaggan mulut bagi pesakit diabetes. salah satu caranya adalah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi yang diformulakan khas untuk kesihatan gusi. ubat gigi Colgate mengurangkan 90% kuman plak yang boleh menyebabkan radang gusi punca utama penyakit gusi dalam tempoh 12 jam. tengok tu, macam seram pulak bila i dapat tau.




untuk mendapatkan jawapan2 yang lebih teliti, korang boleh layari laman web Colgate(United States) atau Colgate(Malaysia) . korang boleh klik terus dari entry i ni sebab i dah link kan siap2. kat situ macam2 info yang korang boleh dapat. 

once again, i ucapkan thank you dekat Colgate Total Diabetes dan yang paling penting, penaja iklan blog i Nuffnang sebab adakan kempen ini dan siarkan dalam blog buruk i ni. hehehe. ohh yea, ada yang tanya pada i berblogging dengan Nuffnang kena bayar ke? jawapannya, PERCUMA. hehe.

ok, bye

19 November 2012

Resepi | Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v

hye blog readers =)


tu diaaa... semakin kerap pula rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA" ni bersiaran pulak kan? hehe. demi untuk tidak membiarkan blog buruk chef ni bersawang dengan lebatnya. bersawang dengan lebatnya? apa punya bahasa daa.. haha. berbalik pada gambar di atas, seperti biasa chef akan berkongsi dengan u olls semua resepi yang mudah2 je. yelah, chef kan seorang chef yang amateur lagi tak berpengalaman. hehe. resepi kali ni berbunyi Popia Goreng Isi Ketam (^_^)v.

bahan-bahan : 


10 batang isi ketam/crab stick (rebus sekejap)
1 batang lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang yang kecil saiznya (disagat)
1 pokok daun bawang (dihiris sebesar 1 inci)
kulit popia secukupnya
tepung gandum & air (dibancuh sebagai pelekat kulit popia)

cara penyediaan : 

  • kulit popia di lerai dan diletakkan di atas pinggan.
  • kemudian letakkan lobak merah, sengkuang, daun bawang dan isi ketam/crabstick di atas kulit popia.

  • lipatkan kulit popia tersebut untuk menutupi intinya dan gulungkan. sebelum sampai ke penghujung, sapukan bancuhan tepung tadi ke atas kulit popia supaya kulit popia boleh melekat.


  • panaskan minyak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan. 
  • angkat dan toskan. siap!
bahan untuk sos : 

10 biji cili merah (dibuang bijinya)
1 cawan air
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula
3 sudu makan cuka
garam secukup rasa
tepung jagung & air (dibancuh untuk memekatkan sos)

cara penyediaan sos : 

  • kisarkan cili merah, bawang putih bersama sos tomato, gula, cuka, garam dan air sehingga sebati.
  • selepas dikisar, masakkan bahan tersebut hingga mendidih dan kemudian masukan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
  • masak sos hingga nampak pekat. tutup api dan siap! (jangan lupa untuk rasa terlebih dahulu sos tersebut. kalau rasa seperti tak lengkap garam dan gulanya, sila tambah mengikut kepuasan sendiri yea)
siap! rangup2 kulit popia gitu. lembut2 isi ketam gitu. manis2 sengkuang gitu. hehe. resepi ni chef buat semalam untuk minum petang bersama keluarga. umi and abah chef suka. seronok kan bila kita tengok orang lain makan masakan kita walaupun sesimple mungkin. hehe. mungkin hujung minggu bersama keluarga nanti u olls boleh try Popia Goreng Isi Ketam (^_^)V ni. hehe.

 
selamat mencuba! =)


16 November 2012

Kejutan Dipagi Jumaat

hye blog readers =)


tu dia.. i sampai2 je workplace i pagi tadi, tengok2 ade buku ni atas keyboard. berdebar2 hati i tau sapakah gerangan yang baik hati bagi buku ni kat i. hehehe.


bila i bukak je buku tu, baru lah i tau siapa hamba Allah yang bagi kat i buku ni. Cik Yus rupanya. siapa cik yus ni? cik yus ni pegawai E44 kat ofis i ni. tempat beliau pun depan tempat i je. boleh dikatakan jugak i selalu bekerjasama dengan beliau lah sebab kami satu unit. sebenarnya cik yus ni dapat kenaikan pangkat e48. tapi terpaksa transfer sampai jabatan perangkaan negeri johor. jauh tu. huhu.

sedih ni tau. cik yus banyak ajar i benda2 berkaitan dengan kerja ni. beliau pun banyak nasihat i supaya terima kerja yang perlu kita buat tu dengan ikhlas. selalu kalau ade cik yus ni, rajin beliau buat kek lah, puding lah bagi kitorang yang kat ofis ni makan. disebabkan beliau orang terengganu, setiap kali balik kampung, mesti cik yus akan bawak balik kopok lekor terengganu. sedap dap dap. tak sama dengan kopok lekor sini. huhu. lepas ni xde dah nak merasa semua tu. "thank you cik yus."



Doa Zikir Harian dari Ustaz Zahazan Mohamad

kadang2 kita sendiri lupa doa2 yang ringkas. sedangkan doa makan pun kadang2 terlepas nak baca. dah makan sama2 free dengan syaiton nirojim tu. huhu. nauzubillah. sempena tahun baru ni, basah-basahkan lah bibir kita ni dengan zikir supaya kita sentiasa ingatkan Dia Yang Satu. peringatan buat diri sendiri jugak ni.


officemates

ni je gambar yang i ade bersama dengan cik yus. "semoga cik yus berjaya di tempat baru." ewahhh macam lah dia baca blog buruk ni kan? heheh. takpe. mana tau, apa yang i cakap ni buat beliau teringat2 kat i ke kan. hew hew hew.

ok, bye

15 November 2012

Resepi | Cucur Bawang (^_^)v

hye blog readers =)


Salam Maal Hijrah 1434H dari rancangan "MARI MEMASAK BERSAMA CHEF HUDA". wahhh kemain lagi. macam mana hari cuti u olls? chef punya cuti sebenarnya tersangatlah membosankan. so, chef pun buat lah satu resepi yang tersangat mudah. chef yakin lah semua pernah buat resepi ni. memandangkan hari pun dah nak petang, elok sangat kalau buat juadah minum petang untuk keluarga kan. so, resepi kali ni adalah Cucur Bawang (^_^)v. hehe mudah sangat kan?

bahan-bahan :

1 biji bawang besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
beberapa ekor udang saiz sederhana di potong dadu
sedikit ikan bilis yang ditumbuk
air
garam secukup rasa
sedikit soda bikarbonat

cara penyediaan :
  • campurkan semua bahan-bahan yang diperlukan dan gaulkan/kacaukan hingga sebati. kemudian biarkan sekejap dalam 4-5 minit supaya cucur nanti gebu2 sebab ada soda bikarbonat.
  • panaskan minyak dalam kuali dan boleh boleh mula menggoreng sehingga warna keemasan. siap untuk dihidang.


see gebu2 chef punya cucur bawang ni. bawang kan manis. sebab tu rasa sedap je. bila gigit sikit, jumpa pulak isi udang. perghhh walaupun simple mimple, tapi boleh kenyang tau. tepung kan karbohidrat. sangat sesuai untuk minum petang tau. kalau nak buat sarapan pagi pun boleh jugak. dihidang bersama nescafe tarik secawan, cucur bawang bersama sos cili. mak aihhhh. heheh.


selamat mencuba! =)

14 November 2012

Wordless Wednesday - Peneman Setia

hye blog readers =)


peneman yang sangat setia ketika i memandu. beli dia ni sebagai kenangan ke Pulau Perhentian bulan Mac yang lepas. juga sebagai penguat semangat nak belajar diving mungkin? hehe

ok, bye

12 November 2012

Sinopsis Drama Cinta Itu Milikku @ TV3

hye blog readers =)


yeahhh drama terbaru Cinta Itu Milikku dari slot akasia tv3 akan bermula petang ni 12/11/2012 menggantikan drama Julia. drama bersiri 24 episod ini turut membariskan Emma Maembong, Fazreen Rafi dan Ana Dahlia sebagai penaraju utama di samping Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek dan ramai lagi. i jadik eksaited nak tengok drama ni sebab ada emma maembong. sebab die tu cantik lah. comel, putih melepak pulak lagi tu. huhu. entah lah. i suka. hehehe.

Sinopsis

Cinta Itu Milikku mengisahkan tentang Rania lakonan Emma Maembong iaitu anak kedua daripada 3 beradik dan bercinta dnegan Zafril (Fazreen Rafi). namun begitu, bekaz tunang zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan zafril bersama rania kerana dini menganggap bahawa rania telah merampas cintanya.

setelah rania dan zafril selamat diijab kabulkan, dni menjadi semakin marah dan mula menyimpan dendam. dini sanggup melakukan apa saja asalkan dapat membuat zafril kembali ke pangkuannya. 

dini mendapat tahu rania mempunyai abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). dini memulakan permainannya dengan menggunakan ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga rania. sikap ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan dini untuk mendampinginya.


setelah berjaya menakluk hati ridzuan akhirnya dini berkahwin dengannya. zafril yang terkejut mendaoat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya dan merasakan dini mempunyai niat yang tak baik. namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah keluarga isterinya. begitu juga dengan rania dapat merasakan kehadiran dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat dini.

dini bukan sahaja berjaya memperdaya ridzuan malah semua ahli keluarga rania tertipu dengan sikap lemah lembut dini. apabila zafril keseorangan, dini akan mendekati zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang. rania yang perasan akan kelakuan dini itu berasa kurang selesa.

ketika rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. suami yang dicintai telah terkorban dalan nahas kapal terbang semasa dalam perjalanan pulang ke KL. kematian zafril bukan sahaja meruntun hati rania. malah dini juga terasa kehilangan zafril dan sesungguhnya hati dini hancur luluh.

setelah lama kehilangan orang tersayang, rania berkahwin dengan Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya. biar pun telah berkahwin, namun dalam hati rania masih bertakhta nama zafril. pada suatu hari, rania telah mendpaat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian zafril kepadanya. sapu tangan itu telah dibawa zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit dalam nahas kapal terbang. rania terkejut dan yakin bahawa zafril masih hidup.

ternyata sangkaan rania benar apabila mendapat tahu zafril masih hidup. rania yang amat rindukan zafril ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana rania telah menjadi isteri doktor shafiq. 

apa yang akan terjadi seterusnya? adakah doktor shafiq sanggup melepaskan rania dan membiarkan isterinya bersama zafril? apakah punca yang mengakibatkan zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia? adaakh kehilangan zafril mempunya kaitan  dengan dini atau seseorang yang tidak disangka?


*****

menarik? tak sabar nak tengok? i jadik eksaited nak tunggu petang ni. sebab i memang suka layan drama dalam slot akasia ni. hehe nantikan drama ni setiap jam 7.00 pm isinin hingga khamis di tv3.

ok, bye

Bukan Monday Blues

hye blog readers =)


hiway SKVE

selamat pagi semua. korang korang semua yang bekerja atau pun kelas ke tak payah nak rasa monday blues sangat lah eyh. hehehe. bukan ape. sebabnya esok kan cuti. ala2 hari ni macam hari jumaat la yang mana esoknya cuti. muahahaha. sapa2 yang dah start bercuti tu, untunglaaaaa. kami yang bekerja ni tetap bekerja tau. tapi nampak gayanya i macam takde kerja hakiki je kat ofis hari ni. ngeee ape lagi, jom mengulor tengok movie =p

ok, bye

11 November 2012

A Day With My Love, Umi ^_^

hye blog readers =)

semalam bersamaan 10/11/12 bersamaan dengan hari sabtu bersamaan dengan antara tarikh yang cantik untuk tahun ni i takde undangan majlis perkahwinan pun. haha. sebenarnya ada je undangan tapi kat kedah sana nun. jauh teramat sangat lah pulak nak datang. anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat sesiap saja yang baru memulakan kehidupan baru minggu ini. hehehe

bukan nak cerita pasal pengantin, tapi nak bercerita apa yang i buat semalam. ngeee selalu dating dengan mr.bf je hujung minggu. tapi semalam i dating dengan my love dunia akhirat tau. my umi. hehe. berdua je. adik i balik kampung. huhu. so we all keluar rumah dengan perut yang lapar. sebab memang nak melahap kat luar pun. and then terus tuju ke Jaya Jusco Bukit Tinggi yang hanya 15 ke 20 minit dari rumah i. sampai2 je JJ, terus tuju Kenny Rogers. umi i yang teringin sangat nak makan kat Kenny Rogers. so ikutkan je lah. hehe.


me with my love dunia akhirat


  
lunch Kenny Rogers with my love dunia akhirat

lepas makan we all jalan2 kat dalam JJ. umi yang nak shopping sebenarnya. i? i nak shopping jugak tapi nak shopping dengan mr.bf hari selasa cuti nanti. eyhhh? ter mention pulak. ngee. jalan punya jalan punya jalan, umi i dapat lah sambar high heel, i pulak beli baju je. dah lama sangat tak beli baju baru. huhu. then we all singgah Popular. umi i cari novel JUTAWAN GEDIK gara2 terdengar sinopsis yang menarik katanya kat rancangan Malaysia Hari Ini. entah kenapa i bukan seorang yang ulat buku. i tak minat sangat membaca ni. teruk kan? tapi i dapat jugak sambar 1 buku ni. nak tau buku ape? hehehe


tu diaaaaaaa. muahahah. i memang dah lama mencari buku ni. cuma tak berkersempatan je nak singgah mana2 book store. 1 Hari 1 Resepi. serius seronok sangat isi kandungan buku ni. nanti i buat review pasal buku ni eyh.


kat buku ni siap ada tulis "GERENTI JADI!". hahaha. tak sabar i nak try masakan yang ada dalam buku ni tau. kepada sesiapa yang nak mulakan kehidupan baru sebagai isteri tapi masak pun lite2 je, boleh lah dapat kan buku ni. untuk i pulak, sebagai persediaan nak jawab exam dari bakal mak mertua. kekekeke.

anyway, semalam keluar dengan my love dunia akhirat was fun. bergosip bersama. ketawa bersama. "along sayang umi."

ok, bye